Aug
20
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

Soalan:

Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi membawa kembali SUHAKAM kepada status ‘A’ berdasarkan akreditasi ICC atas kegagalan mematuhi Prinsip Paris.

Jawapan:

Untuk makluman Ahli yang Berhormat, SUHAKAM merupakan Institusi Hak Asasi kebangsaan yang pada masa ini masih berada pada status “A”. Pengiktirafan ini telah diberikan oleh ICC (International Coordinating Committee on National Institutions for the Promotion and Protection of Human Rights) pada tahun 2002.

Pada 2006, ICC telah memutuskan bahawa negara-negara yang diberikan status “A” akan dinilai semula. Susulan itu, SUHAKAM telah menyerahkan laporan mengenai kedudukannya kepada ICC pada bulan Disember 2007. Berdasarkan laporan itu, pihak ICC berpendapat bahawa SUHAKAM tidak menepati Prinsip-prinsip Paris sepenuhnya dan mengesyorkan agar taraf SUHAKAM diturunkan daripada status “A” kepada status “B”. Namun begitu, SUHAKAM masih berada pada kedudukan status “A” dan telah diberi tempoh sehingga April 2009 untuk mencapai standard yang telah ditetapkan oleh ICC.

Susulan itu, SUHAKAM, Kementerian Luar Negeri, Jabatan peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) telah mengadakan satu mesyuarat pada 23 Julai 2008 bagi membincangkan kaedah untuk memastikan SUHAKAM terus berada pada taraf “A”. Antara cadangan-cadangan yang dibangkitkan oleh SUHAKAM adalah seperti pindaan pada akta sedia dan beberapa keputusan dasar yang akan memberikan kebebasan kepada SUHAKAM untuk menjalankan fungsi-fungsi tanpa terikat dengan mana-mana panduan. Walau bagaimanapun, perkara-perkara ini masih dalam peringkat kajian dan penelitian.



Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: