Sep
06
Filed Under (Press Releases) by Administrator on 25-04-2007

Kenyataan Media oleh Gwo-Burne Loh, Ahli Parlimen Kelana Jaya pada 6 September 2008 di Petaling Jaya.

Penjelasan Kehadiran di Konsert Avril Lavigne

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh hadir pada konsert ratu pop Avril Lavigne pada 29 Ogos lalu sebagai memantau agar tidak ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang konsert itu berlangsung dan menafikan tuduhan beberapa pihak yang mengatakan bahawa beliau hadir ke konsert dan mengabaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat untuk hadir ke salah satu mesyuarat persatuan penduduk yang berlangsung pada waktu yang sama.

Saya telah menerima rintihan daripada pihak penganjur konsert kerana risau mengenai khabar angin yang ingin membatalkan konsert tersebut.

Pihak penganjur konsert telah mengutarakan kepada wakil daripada pihak MCA dan menemui kegagalan. Saya telah menawarkan diri untuk membantu mereka dalam memastikan konsert tersebut berjalan seperti yang dirancangkan serta memberi beberapa garis panduan agar tidak melanggar sensitiviti rakyat Malaysia.

Sebelum konsert berjaya diadakan, saya telah mengadakan pertemuan dengan wakil dari PAS serta wakil menteri yang terbabit dalam membincangkan isu ini. Akhirnya, konsert tersebut mendapat kelulusan atas jaminan yang saya berikan.

Oleh yang demikian, saya bertanggungjawab konsert tersebut diadakan dalam keadaan harmoni.

Bagi saya, Avril Lavigne tidak memaparkan imej yang negatif mahupun imej positif.

Mengenai pengedaran risalah mengenai konsep hiburan di dalam Islam yang diedarkan oleh Pemuda PAS, itu menjadi hak pergerakan tersebut dan orang yang hadir tidak ada masalah untuk menerima, membaca dan memahami mesej yang cuba disampaikan.

Mengenai mesyuarat yang diadakan oleh Persatuan Penduduk di Subang Jaya, sungguhpun saya tidak dapat hadir, saya telah menghantar dua wakil dari pejabat saya untuk mengambil nota isu-isu yang memerlukan perhatian saya dan saya akan cuba laksanakan tanggungjawab tersebut juga. Berita kehadiran saya ke konsert Avril Lavigne dilaporkan di akhbar perdana 29 dan 31 Ogos lalu.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada pembantu parlimen Kelana Jaya, Faisal Mustaffa #019-2232002 atau bhg_kjaya@yahoo.com



Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: