Tuan Gwo-Burne Loh (Kelana Jaya ) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan pelan tindakan dalam melaksanakan Konvensyen Antarabangsa Penyisihan Apa Juga Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC).
Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Malaysia telah meratifikasi Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) atau Konvensyen Menghapuskan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita pada 5 Julai 1995. Untuk melaksanakan CEDAW secara holistik, Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) digubal pada tahun 1997.
Pelan ini menggariskan strategi untuk meningkatkan status wanita dalam 13 bidang keutamaan. Antaranya, bidang ekonomi, kesihatan, pendidikan dan latihan, undang-undang, media, serta perkongsian kuasa dalam menggubal dasar dan membuat keputusan. Penggubalan PTPW mengambil kira prinsip utama CEDAW iaitu tiada diskriminasi (non-discrimination) dan kesaksamaan substantive antara lelaki dan wanita.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengambil tindakan untuk mengemaskini PTPW bagi memastikan antara lain, unsur-unsur diskriminasi terhdap wanita ditangani, termasuk dalam bidang perundangan, pekerjaan dan media. Selain itu, Pelan Tindakan ini memberi penekanan kepada usaha menghapuskan stereotaip gender dan keganasan terhadap wanita serta meningkatkan penglibatan wanita dalam proses membuat keputusan.
Selaras dengan prinsip tiada diskriminasi (non-discrimination), tindakan telah diambil untuk meminda undang-undang yang mempunyai unsur-unsur diskriminasi terhadap wanita seperti berikut:
i. Perlembagaan Persekutuan dipinda pada bulan Ogos 2001 yang memasukkan perkataan “gender” untuk menjamin supaya tiada sebarang diskriminasi berasaskan gender.
ii. Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dipinda bagi membolehkan lelaki asing yang berkahwin dengan wanita rakyat Malaysia memperbaharui pas lawatan sosial mereka secara tahunan dan wania asing yang dicraikan atau tinggal berasingan dengan suami warganegara Malaysia boleh memohon pas lawatan secara tahunan. Sebelum ini, pas lawatan sosial perlu diperbaharui enam bulan sekali. Peraturan ini berkuatkuasa mulai 1 September 2001.
iii. Akta Pencen 1980 telah dipinda bagi membolehkan balu yang berkahwin semula terus mendapat pencen terbitan mulai tahun 2002.
iv. Akta Keselamatan Sosial pekerja 1969 dipinda pada tahun 2005 bagi membolehkan bayaran pencen ilat kepada balu atai dida yang berkahwin semula dikekalkan.
v. Akta Tanah (Kawasan penempatan) 1960 dipinda pada tahun 2002 bagi membolehkan isteri atau bekas isteri atau waris kadim peneroka yang memasuki tanah rancangan dan bersama-sama mengusahakan lading menjadi pemilik bersama tanah berkelompok; dan
vi. Kanin keseksaan dipinda pada tahun 2006 bagi meningkatkan hukuman kepada pesalah rogol.
Selain itu,undang-undang berikut berikut telah dikenalpasti untuk dikaji semula:
i. Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Keselamatan dan kesihatan Pekerja 1994 bagi memasukkan peruntukan mengenai langkah menangani gangguan seksual di tempat kerja. Kementerian Sumber manusia sedang membuat pindaan ke atas akta-akta ini; dan
ii. Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 bagi menangani isu-isu yang dikatakan mendiskriminasi wanita termasuk isu poligami, pembayaran nafkah dan hak penjagaan anak.
Tuan Yang di-Pertua,
Malaysia juga telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) pada tahun 1995. Secara umumnya, CRC mempunyai skop liputan yang luas dan menyeluruh, yang meliputi pelbagai aspek kehidpuan dan kepentingan kanak-kanak dan pelaksanaannya melibatkan kementerian dan agensi Kerajaan, maka pelaksanaan CRC tidak dibuat melalui sati pelan yang khusus tetapi dibuat melalui penggubalan pelbagai dasar, perndangan dan mekanisme penyelarasan serta pelaksanaan pelbagai program yang mengambilkira perkara-perkara berkaitan pendidikan kanak-kanak dalam CRC telah diambilkira dalam Dasar Pendidikan Negara.
Pelaksanaan CRC dipantau melalui satu Jawatankuasa Teknian CRC di bawah kementerian ini yang dianggotai oleh pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan. Melalui jawatankuasa ini, satu laporan Negara mengenai pelaksanaan CRC telah disediakan dan sterusnya dibentangkan kepada Jawatankuasa CRC di pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Geneva pad atahun 2007.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara tindakan yang sedang dan telah diambil oleh kementerian ini dalam melaksanakan obligasi CRC ialah:
i. Pindaan Akta Taman Asuhan kanak-kanak 1984 pada tahun 2006
ii. Pindaan Akta Pusata Jagaan 1993 pada tahun 2007
iii. Membuat pindaan kepada Akta kanak-kanak 2001 bagi memastikan peruntukan Akta ini selaras dengan prinsip-prinsip CRC; dan
iv. Menggubal Dasar kanak-kanak Negara dan pelan Tindakan Kanak-kanak Negara berdasarakan 4 aspek utama CRC iaitu kelangsungan hidup (survival), perkembangan (development), perlindungan (protection) dan penyertaan (participation) kanak-kanak.
Bagi memastikan pelaksanaan dasar, perundangan serta program bagi kanak-kanak selaras dengan CRC, dua mekanisme pemantauan dan pelaksanaan telah ditubuhkan iaitu:
i. Majlis Penyelarasan bagi Perlindungan Kanak-kanak yang ditubuhkan di bawah Akta Kanak-kanak 2001. Majli ini berperanan memberikan nasihat dalam aspek perlindungan kanak-kanak disamping menyelaraskan sumber pelbagai jabatan kerajaan yang terlibat dalam perlindungan kanak-kanak; dan
ii. Majlis Penasihat dan Perunding Negara bagi Kanak-kanak ditubuhkan pada 1 September 2001. Majlis ini berperanan memberikan nasihat kepada kerajaan tentang perkara berkaitan dengan dasar, arah tuju dan program untuk kanak-kanak selaras dengan CRC.