Topic: Jawapan Parlimen Kelana Jaya 16 Oktober 2008 #26
Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil daripada siasatan polis berkaitan dengan laporan yang dibuat oleh Sharmila Turaisingam pada 12 Januari 2008 bahawa beliau tidak pernah berdaftar sebagai pengundi tetapi namanya terdapat di dalam senarai pemilih di Kubang Kerian, Kelantan.
JAWAPAN:
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Kelana Jaya yang telah mengemukakan soalan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kementerian telah membuat semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mendapati bahawa SPR telah menerima sati permohonan pemilih di atas nama Sharmila Turaisingam pada 10 Mac 1998. Memandangkan penama telah menggunakan alamat Kg Wakaf Zain di dalam permohonan tersebbut, SPR telah menempatkan nama beliau di Parlimen P.024 Kubang kerian dan N.17 Salur, Kelantan.
Pada 12 Januari 2008 pula, SPR menerima permohonan daripada Sharmila uraisingam untuk menukar alamat melalui Pejabat Pos. Berdasarkan alamat yang terdapat di dalam kad pengenalan beliau, nama Sharmila Turaisingam telah ditempatkan di Parlimen P.104 Kelana jaya dan N.31 Subang Jaya, Selangor. Penempatan nama tersebut di dalam daftar pemilih SPR sehingga kini.
Tuan yang Dipertua,
Mengenai laporan yang dibuat oleh pengadu (Sungai Way Report:35/08), perkara ini masih dalam siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).