Oct
20
Filed Under (Press Releases) by Administrator on 25-04-2007

Topic: Jawapan Lisan Kelana Jaya 20 Oktober 2008 #19

Tuan Gwo Burne Loh (Kelana Jaya) minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan dasar kerajaan dalam meratifikasi knvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan adakah kerajaan bercadang untuk diratifikasi sebagai anggota dan Majlis Hak Asasi Manusia.

JAWAPAN:

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Kelana Jaya atas soalan yang dikemukakan.

Kerajaan menyedari akan pentingnya Malaysia menjadi negara pihak kepada konvensyen-konvensyen antarabangsa, Walaubagaimanapun, sebelum Malaysia menjadi negara pihak kepada mana-mana konvensyen antarabangsa, Malaysia perlu terlebih dahulu membuat persediaan bagi memastikan peruntukan konvensyen-konvensyen tersebut boleh dolaksanakan oleh negara mengikut mekanisme dan juga rangka perundangan sedia ada. Sekiranya tidak lagi terdapat mekanisme ataupun undang-undang untuk melaksanakan peruntukan konvensyen, maka mekanisme atau undang-undang berkenaan perlu digunal sebelum malaysia boleh menjadi negara pihak kepada sesuatu konvensyen. Di samping itu, undang-undang sedia ada perlu disemak dengan terperinci bagi memastikan ia tidak bertentangan dengan peruntukan konvensyen yang boleh diratifikasi. Di masa yang sama, peruntukan konvensyen berkenaan perlu diteliti bagi memastikan ia tidak bertentangan dengan undang-undang negara.

Untuk itu, Kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah pentadbiran dan perundangan yang perlu bagi membolehkan undang-undang yang berkaitan adalah selaras dengan peruntuka-peruntukan yang terkandung dalam beberapa konvensyen antarabangsa ayang mana Malaysia berminat untuk meratifikasi.

Bagi Malaysia, adalah penting untuk melaksanakan smeua prinsip-prinsip yang terkandung di dalam mana-mana konvensyen dengan sebaik mungkin. Malaysa tentunya tidak berhasrat menjadi negara pihak sekiranya terdapat peruntukan yang tidak dapat dipenuhi dengan sempurna.

Berhubung dengan Majlis Hak Asasi Manusia, Malaysia telah terpilih sebagai ahli kepada Majlis Hak Asasi Manusia pada tahun 2006 dan keanggotaan Malaysia akan berakhir pada bulan Jun 2009. Sejak malaysia menjadi ahli, Malaysia telah memainkan peranan aktif dalam mempromosikan dan melindungi hak asasi mansia menerusi dialog-dialog konstruktif berkenaan isu-isu hak asasi manusia. Bagi menunjukkan betapa pentingnya isu hak asasi manusia kepada Malaysia, Malaysia bercadang untuk menjadi anggota Majlis Hak Asasi Manusia bagi penggal 2010 hingga 2013.



Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: