Archive for January, 2009

Jan
25
Filed Under (Press Releases) by Administrator on 25-04-2007

Tarikh: 15 Februari 2009 (Ahad)

Masa: 7 pm

Tempat: Padang Timur, Petaling Jaya (Depan Amcorp Mall)


Tiket berharga RM50-00

Sekiranya berminat, sila sms ke 019-2232002 atau emel kepada bhg_kjaya@yahoo.com



Jan
24
Filed Under (Media) by Administrator on 25-04-2007

(Malaysiakini)

Police have removed 11 constables and lance corporals from the Subang Taipan police station where the case of A Kugan, a detainee, who died in their custody, was reclassified as murder yesterday with immediate effect.



Jan
24
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah doktor Negara asing yang berkhidmat di sini yang tidak mempunyai pengiktirafan MMC atau PSD.
2.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta MENTERI DALAM NEGERI menjelaskan mengapa tiada pihak diambil tindakan atas laporan polis Sharmila Turaisingam 12 Januari 2008 dan pengakuan bersumpahnya yang mana bercanggah dengan penerangan SPR melalui jawapan lisan Parlimen 16 Oktober 2008.
3.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta PERDANA MENTERI menyatakan halangan yang dihadapi Ahli Panel SPR dan JPN sehingga masih belum dapat menyelesaikan status 11,842 pemilih (yang tercatat dalam daftar pemilih SPR 2004) yang menggunakan kad pengenalan lama. Sila nyatakan juga tarikh akhir bagi siasatan ini diberikan kepada pihak-pihak tersebut.
4.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada pihak polis berjaya kenalpasti anggota polis yang bertanggungjawab melakukan keganasan terhadap insiden di Bandar Mahkota Cheras 27 Mei lalu dan apakah tindakannya.
5.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana untuk memupuk perpaduan sedangkan Kerajaan Persekutuan masih menjalankan program Biro Tatanegara yang jelas memburukkan kaum bukan Melayu.
6.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta PERDANA MENTERI menyatakan komitmen untuk membentangkan Rang Undang-undang mengenai RELA yang menimbulkan banyak masalah terhadap operasi penangkapan imigran.
7.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peratusan kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak, peratusan yang telah diubah status kepada kakitangan tetap dan peratus  kakitangan yang telah ditamatkan kontrak mereka.
8.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah-langkah segera untuk melarang semua pengimpotan ayam dari Shandong, supaya penyakit ini tidak merebak ke negara ini.
9.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan alasan mengapa pengeluaran bio-disel masih tidak dipertingkatkan kepada Euro2.
10.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tahap penguasaan penggunaan meter teksi kerana teksi di Stesen LRT Kelana Jaya enggan berbuat demikian.

SOALAN BERTULIS

1.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan dengan terperinci syarikat yang diluluskan dalam membekalkan katil-katil untuk para pelatih yang diperbuat daripada aluminium yang kebanyakannya sudah tidak boleh digunakan, jabatan dan individu yang memberikan kelulusan dan jumlah yang dibelanjakan atas pembekalan katil-katil tersebut.
2.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik terperinci sepanjang tahun 2008 mengenai hukuman gantung sampai mati termasuk nama, usia, bangsa, mengikut kesalahan dan pesalah-pesalah yang masih menunggu hukuman.
3.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes kematian dalam tahanan polis dan penjara sepanjang tahun 2008 termasuk nama, usia, bangsa dan lokasi balai/pusat tahanan serta jumlah anggota polis/warden yang dibuang kerja atau diambil tindakan atas kesalahan menyeksa tahanan sehingga mati.
4.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta PERDANA MENTERI menyenaraikan semua pelaksanaan hak asasi manusia di Negara ini sejak SUHAKAM ditubuhkan berdasarkan cadangan yang dikemukakan melalui laporan mereka yang dikeluarkan itu setiap tahun.

USUL
1. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kerajaan Malaysia sebagai anggota Majlis Hak
Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menguatkuasa Resolusi 62/149 Bangsa Bangsa Bersatu mengenai Moratorium terhadap Hukuman Mati yang telah dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu pada 18 December 2007 dimana negara negara yang masih mengamal hukuman mati diminta untuk menghentikan pengunaan hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman
hukuman yang membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium terhadap kesemua hukuman hukuman mati dengan hasrat untuk  menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Luar untuk membantu mematuhi Moratorium tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan Morotarium tersebut.
(Menteri Luar)

2.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan agar Menteri Luar Negeri (1999), Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar dikenakan tindakan di bawah Peraturan Tetap 13(2) dan di bawa ke Jawatankuasa Disiplin kerana berbohong di Dewan Rakyat yang mulia pada 15 Julai 1999.
Pada hari tersebut ketika membentangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 yang dirujuk di dalam Hansard Jilid V, Bil. 24, 15 July 1999, p. 67 berkata :-
“Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menekankan bahawa akta suruhanjaya ini memenuhi Prinsip-prinsip Paris. Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat juga telah diberi perhatian selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.”

Menurut laporan dan cadangan International Coordinating Committee (ICC) bertarikh 21 April 2008 di Geneva, penggubalan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 tidak berlandaskan kepada Prinsip Paris sehingga kedudukan Malaysia mungkin diturunkan dari ‘A’ kepada ‘B’.



Jan
24
Filed Under (Press Releases) by Administrator on 25-04-2007

Kenyataan Media Ahli Parlimen Kelana Jaya pada 24 Januari di Kelana Jaya

Saya menyeru supaya Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengambil cuti tanpa gaji atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara yang mengklasifikasi kes kematian Kugan Ananthan dalam tahanan polis di Subang Jaya sebagai kes bunuh.
Read the rest of this entry »



Jan
23
Filed Under (Media) by Administrator on 25-04-2007

Malaysiakini

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengklasifikasikan kes kematian Kugan Ananthan dalam tahanan polis, sebagai kes bunuh.

Difahamkan siasatan sedang dijalankan.

Awal hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata satu siasatan penuh akan dijalankan terhadap kematian Kugan.



Jan
23
Filed Under (Press Releases) by Administrator on 25-04-2007

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan mengadakan Majlis Perayaan Tahun Baru Cina pada 26 Januari (Isnin), bersama Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan seluruh barisan pimpinan parti.

Berikut ialah butiran program rumah terbuka Tahun Baru Cina:

Tarikh : 26/1/2009 (Isnin)
Masa : 1.00 pm – 3.00pm
Tempat : Dewan Persatuan Hokkien Klang

Dalam majlis tersebut, Presiden Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali akan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada keluarga fakir miskin.

Ketua Penerangan KeADILan Selangor Datin Paduka Tan Yee Kew selaku pengarah program juga akan memberikan ucapan aluan dalam majlis perayaan Tahun Baru Cina yang pertama kalinya dianjurkan sejak Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor itu.

Selain ucapan daripada pemimpin utama parti, majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan. Makanan juga akan dihidangkan.

Untuk maklumat yang lanjut, sila hubungi saudara Yong 019-2408227.

BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT



Jan
23
Filed Under (Press Releases) by Administrator on 25-04-2007
MAYAT KUGAN

MAYAT KUGAN

KENYATAAN MEDIA
Kuala Lumpur, 23hb Januari 2009

Insiden kematian seorang pemuda India di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya ketika masih ditahan sangat mengejutkan. Kematian Kugan Ananthan 22 tahun mengingatkan kita kepada insiden M. Ulaganathan, juga mati ketika masih ditahan polis. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa kematian M. Ulaganathan adalah disebabkan kecuaian dan pengabaian melampau pihak polis. Berulangnya insiden seperti ini pasti menghakis keyakinan rakyat terhadap kewibawaan pihak polis sebagai sebuah institusi keselamatan.

Bagi memastikan keyakinan rakyat dipulihkan, saya menuntut agar sebuah badan siasatan yang bebas dan telus diwujudkan serta merta bagi menyiasat insiden kematian Kugan Ananthan. Foto serta bukti yang menunjukkan adanya kecederaan pada si mati sudah tentu membangkitkan rasa tidak puas hati bukan sahaja kepada keluarga mangsa, malah juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mahukan institusi polis memulihkan kembali kewibawaannya.

Saya selaku ahli parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, komited untuk membawa isu ini ke Dewan Rakyat kelak. Beserta dokongan rakan-rakan ahli-ahli parlimen lainnya kami akan mencari jalan untuk meningkatkan tahap profesionalisme pihak polis serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi keselamatan tersebut.(tamat)

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Permatang Pauh
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat