Matinya Kugan Ananthan 22 tahun pemuda India di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya ketika dalam tahan polis Malaysia menimbulkan pelbagai tandatanya.
Kata ibunya, kematian mengerikan anaknya itu masih belum membuatkan keluarga mereka untuk menerima alasan Ketua Polis Selangor.
Gambar pun sudah ada. Kesan penderaan pun sudah dirakamkan.
Matinya dikatakan oleh Khalid Abu Bakar Ketua Polis Selangor itu sebagai “setelah minum segelas minuman dan setelah diserang ‘athma’”. Bermaksud dikala ‘athma’ menyerangnya, seluruh badannya seperti dihiris-hiris menggunakan benda tajam dan seperti dihentam menggunakan sesuatu. Begitukah ?
Hebat sungguh diagnosis KP Selangor itu.
Andaikan diagnosis itu tidak betul, siapakah binatang yang cuba merobek dan mengoyakkan badan Kugan ?
Bukan sahaja Abdullah Ahmad, malah Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Selangor adalah orang yang bertanggungjawab dalam malapetaka ini.
Penafian awal polis tanpa siasatan sangat-sangat memalukan rakyat Malaysia. Polis cuba mengibaratkan rakyat Malaysia sebagai ‘orang utan’ yang tidak mempunyai pemikiran.
Jika diagnosis KP Selangor adalah salah, rakyat Malaysia wajib mencari binatang mana yang melakukan kerja ini ?