Jan
24
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah doktor Negara asing yang berkhidmat di sini yang tidak mempunyai pengiktirafan MMC atau PSD.
2.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta MENTERI DALAM NEGERI menjelaskan mengapa tiada pihak diambil tindakan atas laporan polis Sharmila Turaisingam 12 Januari 2008 dan pengakuan bersumpahnya yang mana bercanggah dengan penerangan SPR melalui jawapan lisan Parlimen 16 Oktober 2008.
3.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta PERDANA MENTERI menyatakan halangan yang dihadapi Ahli Panel SPR dan JPN sehingga masih belum dapat menyelesaikan status 11,842 pemilih (yang tercatat dalam daftar pemilih SPR 2004) yang menggunakan kad pengenalan lama. Sila nyatakan juga tarikh akhir bagi siasatan ini diberikan kepada pihak-pihak tersebut.
4.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada pihak polis berjaya kenalpasti anggota polis yang bertanggungjawab melakukan keganasan terhadap insiden di Bandar Mahkota Cheras 27 Mei lalu dan apakah tindakannya.
5.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana untuk memupuk perpaduan sedangkan Kerajaan Persekutuan masih menjalankan program Biro Tatanegara yang jelas memburukkan kaum bukan Melayu.
6.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta PERDANA MENTERI menyatakan komitmen untuk membentangkan Rang Undang-undang mengenai RELA yang menimbulkan banyak masalah terhadap operasi penangkapan imigran.
7.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peratusan kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak, peratusan yang telah diubah status kepada kakitangan tetap dan peratus  kakitangan yang telah ditamatkan kontrak mereka.
8.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah-langkah segera untuk melarang semua pengimpotan ayam dari Shandong, supaya penyakit ini tidak merebak ke negara ini.
9.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan alasan mengapa pengeluaran bio-disel masih tidak dipertingkatkan kepada Euro2.
10.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tahap penguasaan penggunaan meter teksi kerana teksi di Stesen LRT Kelana Jaya enggan berbuat demikian.

SOALAN BERTULIS

1.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan dengan terperinci syarikat yang diluluskan dalam membekalkan katil-katil untuk para pelatih yang diperbuat daripada aluminium yang kebanyakannya sudah tidak boleh digunakan, jabatan dan individu yang memberikan kelulusan dan jumlah yang dibelanjakan atas pembekalan katil-katil tersebut.
2.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik terperinci sepanjang tahun 2008 mengenai hukuman gantung sampai mati termasuk nama, usia, bangsa, mengikut kesalahan dan pesalah-pesalah yang masih menunggu hukuman.
3.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes kematian dalam tahanan polis dan penjara sepanjang tahun 2008 termasuk nama, usia, bangsa dan lokasi balai/pusat tahanan serta jumlah anggota polis/warden yang dibuang kerja atau diambil tindakan atas kesalahan menyeksa tahanan sehingga mati.
4.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta PERDANA MENTERI menyenaraikan semua pelaksanaan hak asasi manusia di Negara ini sejak SUHAKAM ditubuhkan berdasarkan cadangan yang dikemukakan melalui laporan mereka yang dikeluarkan itu setiap tahun.

USUL
1. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kerajaan Malaysia sebagai anggota Majlis Hak
Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menguatkuasa Resolusi 62/149 Bangsa Bangsa Bersatu mengenai Moratorium terhadap Hukuman Mati yang telah dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu pada 18 December 2007 dimana negara negara yang masih mengamal hukuman mati diminta untuk menghentikan pengunaan hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman
hukuman yang membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium terhadap kesemua hukuman hukuman mati dengan hasrat untuk  menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Luar untuk membantu mematuhi Moratorium tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan Morotarium tersebut.
(Menteri Luar)

2.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan agar Menteri Luar Negeri (1999), Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar dikenakan tindakan di bawah Peraturan Tetap 13(2) dan di bawa ke Jawatankuasa Disiplin kerana berbohong di Dewan Rakyat yang mulia pada 15 Julai 1999.
Pada hari tersebut ketika membentangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 yang dirujuk di dalam Hansard Jilid V, Bil. 24, 15 July 1999, p. 67 berkata :-
“Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menekankan bahawa akta suruhanjaya ini memenuhi Prinsip-prinsip Paris. Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat juga telah diberi perhatian selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.”

Menurut laporan dan cadangan International Coordinating Committee (ICC) bertarikh 21 April 2008 di Geneva, penggubalan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 tidak berlandaskan kepada Prinsip Paris sehingga kedudukan Malaysia mungkin diturunkan dari ‘A’ kepada ‘B’.



Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: