Matinya Kugan Ananthan 22 tahun pemuda India di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya ketika dalam tahan polis Malaysia menimbulkan pelbagai tandatanya.
Read the rest of this entry »
The Malaysian authorities must initiate an independent, impartial, prompt and effective investigation into the death of 22-year-old Kugan Ananthan, Amnesty International said today, amid reports that he may have been tortured in police custody.
Read the rest of this entry »
Tuan Yang Dipertua
Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan isu yang kini sedang melanda Semenanjung Gaza.
Read the rest of this entry »
Pengerusi SPR Baru Kena Teliti Undi Pos di Kuala Terengganu
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia yang baru dilantik penghujung bulan lalu, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof perlu meneliti kedudukan pengundian pos di pilihan raya kecil P036 Kuala Terengganu ini.
Pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu, terdapat 1,357 undi pos bagi Parlimen Kuala Terengganu dan 1,089 dikira sebagai undi manakala 157 ditolak. Daripada 1,089 kertas undi pos yang dikira, 999 undi memihak kepada calon BN. Jika kertas undi pos ini ditolak, ia akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya bagi Parlimen Kuala Terengganu.
Petisyen memohon semakan semula keputusan telah difailkan oleh PAS Terengganu di Mahkamah Tinggi April lalu. Analisis yang dibuat tanpa undi pos, kemenangan akan memihak kepada PAS dengan jentera pilihan raya PAS Kuala Terengganu menyifatkan kira-kira 900 undi pos antara punca kekalahan PAS lalu.
Secara terang, pengundian secara pos kepada anggota tentera dan polis perlu dimansuhkan. Polis dan tentera sepatutnya disenaraikan sebagai pengundi biasa dan hanya mereka yang bertugas pada hari pengundian sahaja sepatutnya dibenarkan mengundi scara pos.
Pada 30 Jun 2008, saya pernah mengutarakan mengenai kepincangan SPR dalam pengendalian undi pos.
Soalan parlimen saya seperti berikut:
Tuan Gwo-Burne Loh [PKR-Kelana Jaya] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Suruhanjaya Pilihan Raya akan memansuhkan undi pos memandangkan terdapat banyak kes kepincangan dalam Pilihan Raya Umum yang baru lalu.
JAWAPAN:
Tuan Yang Di Pertua,
Kenyataan bahawa terdapat banyak kes kepincangan amat tidak bertanggungjawab, Dalam pilihan raya jika ada kes dan bukti, Yang Berhormat boleh bawa ke mahkamah. Yang Berhormat tidak perlu melempar tuduhan liar untuk kepentingan politik.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)Malaysia tidak mempunai kuasa untuk menentukan sama ada undi pos perlu dikekalkan atau dihapuskan. Ini disebabkan Perkara 119 (1)(b) Perlembagaan persekutuan telah memperuntukkan hak mengundi bagi golongan ‘Pengundi Tidak Hadir’. Dalam melaksanakan urusan pengundian bagi ‘Pengundi Tidak Hadir’ ini, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 telah digubal. Mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan tersebut, ‘Pengundi Tidak Hadir’ adalah layak untuk mengundi secara pos.
Saya menganggap jawapan Menteri pada ketika itu mengelirukan dan menghina kecerdasan rakyat Malaysia. Nazri menyatakan, “saya tak rasa ia boleh dimansuhkan tetapi mungkin kaedahnya boleh dimantapkan lagi tetapi untuk dihapuskan tidak boleh kerana ini merupakan hak asasi setiap orang (rakyat) untuk mengundi pada pilihanraya.”
Saya berpendapat, pengundi-pengundi dari kalangan anggota tentera dan polis diletakkan sebagai pengundi “kelas dua” dengan disenaraikan berasingan daripada senarai pemilih biasa. Seperti apa yang didakwakan di dalam pengundian berganda, pengundian proksi, pencabulan kerahsiaan dan intimidasi – perkara tersebut merampas hak untuk mengundi dengan rahsia dan secara bebas.
Saya juga ingin menegaskan kepada Pengerusi SPR yang baru ini tidak teruja dengan kerja-kerja Pengerusi SPR sebelum ini, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang dianggap cemerlang (petikan Malaysiakini 31 Disember 2008).
Tan Sri Abdul Aziz perlu memahami bahawa kebanyakan daripada anggota tentera dan polis jelas telah dirampas hak mengundi mereka sejak lima pilihanraya berturut-turut dari 1990 di mana data diperolehi, kawasan parlimen Lumut merekodkan kertas undi yang tidak dipulangkan dari 2,763 ke 5,486. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid mengakui dalam kenyataan beliau bahawa kertas undi yang tidak dipulangkan disebabkan pengundian pos.
Terdapat juga laporan berkaitan dengan perpindahan undi pos pada minit-minit terakhir seperti kerusi di Sik, Kedah.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi 019-2232002 atau emel kepada bhg_kjaya@yahoo.com