SOALAN:
Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peratusan kakitangan Kerajaan yang berstatus kontrak, peratusan yang telah diubah status kepada kakitangan tetap dan peratus kakitangan yang telah ditamatkan kontrak mereka.
JAWAPAN: YB DATO’ MOHD JOHARI BIN BAHARUM
Tuan Yang Dipertua,
Sehingga 20 Februari 2009, jumlah pegawai lantikan kontrak yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam yang mana perjanjian kontrak mereka masih berkuatkuasa adalah sebanyak 39,321. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 342 pegawai (0.9%) telah dilantik tetap dan 828 (2.1%) lagi telah ditamat atau menamatkan perkhidmatan kontrak mereka.