Feb
26
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

SOALAN:

Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada pihak polis berjaya mengenalpasti anggota polis yang bertanggungjawab melakukan keganasan terhadap insiden di Bandar Mahkota Cheras pada 27 Mei lalu dan apakah tindakannya.

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kelana Jaya yang mengemukakan pertanyaan.

Tuan Yang Dipertua,

izinkan saya untuk menjawab pertanyaan ini serentak bersama-sama pertanyaan daripada Yang Berhormat Shah Alam bertarikh 25 Februari 2009 kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut adalah mengenai perkara yang sama.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini, sebanyak tiga laporan polis dibuat oleh tiga dari empat orang yang terlibat di dalam kejadian di Bandar Mahkota Cheras 1 pada 27 Mei 2008.

Laporan-laporan tersebut telah dibuat oleh Chan Siew Meng, Chang Jiun Haur dan Cheok Kem Hoo. Kertas siasatan tersebut telah diedarkan kepada Jabatan Peguam Negara, Putrajaya melalui Pejabat Ketua Unit Pendakwaan Selangor. Setelah meneliti kertas siasatan berkenaan, Jabatan Peguam Negara pada 29 Januari 2009 telah memutuskan bahawa tiada sebarang pertuduhan dibuat dan kes ini di NFA. Ini kerana kesukaran kesemua pengadu untuk mengecam mana-mana individu yang terlibat dalam kejadian ini,

Walau bagaimana pun, pihak Jabatan Peguam Negara telah mencadangkan supaya siasatan tatatertib dilaksanakan untuk mengenalpasti kelemahan yang berlaku bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.



Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: