Archive for March, 2009

Tuan Yang Dipertua,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri dalam usaha memastikan keadilan di Negara ini dikecapi oleh setiap lapisan rakyat.

Sepanjang pengalaman kita dalam memperlihatkan perjalanan pendakwaan, banyak pihak enggan untuk bekerjasama dalam melaporkan jenayah kelas pertama kerana merasakan diri mereka terancam.

Saya ingin memberikan contoh yang jelas berlaku pada sdr Ezam Mohd Nor pada penghujung 90an yag akhirnya disumbat ke dalam penjara selama dua tahun manakala saksi penting tidak dipanggil memberi keterangan mereka. Pihak kerajaan sering menggunakan akta drakonian seperti Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dalam menghalang seseorang daripada melakukan pendedahan.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara bersetuju bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan rasuah yang dibuat oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato Seri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rahim Tamby Chik. Sungguhpun BPR dan Jabatan Peguam Negara mengesyorkan supaya Rafidah Aziz dan Rahim dituduh di mahkamah, maka perkara ini tidak berlaku, Malah, Ezam yang didakwa.

Ezam ditangkap kerana mengedarkan laporan BPR bertajuk ‘Laporan Siasatan BPR ke atas Datuk Seri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rahim Tamby Chik’. Maklumat khusus berjuta-juta saham yang diperuntukkan dan pemilikan harta peribadi bernilai jutaan ringgit juga disenaraikan dengan terperinci. Bagaimana pun, ianya tidak membawa apa-apa makna kerana keputusan akhir terletak di tangan perdana Menteri.

Disebabkan Ezam pada waktu itu memberi seluruh kerjasama kepada pihak polis berjam-jam untuk disoalsiasat, pihak polis tidak pernah mengambil keterangan daripada individu yang disabitkan di dalam laporan polis Ezam itu kerana mereka adalah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri serta kerabat dan kroni mereka.

Adakah ini jenis perlindungan saksi yang didefiniskan oleh Kerajaan Persekutuan? Bagaimana individu-individu tersebut bukan sahaja bebas tetapi bebas menjadi menteri pada waktu itu?

Bagaimana saksi dapat dilindungi sekiranya kita mempunyai akta seperti OSA? Contoh yang saya nyatakan seperti Rafidah dan Rahim dapat dilindungi di sebalik perkataan ‘rahsia besar’,’ rahsia’, ‘sulit’ dan ‘terhad’.

Tuan Yang Dipertua,

Di Parlimen Britain, sebuah akta diberi nama, dengan izin “Public Interest Disclosure Act” digubal dengan semangat untuk menggalakkan rakyat mendedahkan penyelewengan dan mempastikan pihak berkuasa bertindak ke atas isu yang dibawa bukan si pembawa isu.

Akta seperti ini tidak digubal di Parlimen Malaysia kerana tidak ada keazaman politik untuk mempertahankan kebenaran atas prinsip keadilan dan pertanggungjawaban.

Sekiranya saya boleh merujuk kepada peranggan 4 (1), Menteri boleh melantik Ketua Pengarah dan Timbalan ketuah pengarah Perlindungan Saksi.

Namun, apakah kredibiliti Ketua Pengarah ini sekiranya Menteri yang dilantik itu mempunyai sifat seperti Rafidah Aziz atau pun Rahim Tamby Chik?

Saya harap perkara ini dapat diperincikan dan pastikan keadilan dapat dilaksanakan dengan sejujurnya.

Sekian, terima kasih.

Gwo-Burne Loh
*ucapan ini tidak sempat dibentangkan di Dewan Rakyat



Kelana Jaya Member of Parliament, Gwo-Burne Loh would like to call a press conference on the above matter.

The detail of the event is as follows:

Tarikh : 23 March 2009 (Monday)
Tempat : Pejabat Ahli Parlimen Kelana Jaya, 16-3, Jalan PJS 8/2,
Subang Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya
Masa : 3pm

The conference is to highlight some difficulties faced by a Malaysian man married to a chinese women and the difficulties for their kids going to school.

Journalists and photographers are invited to cover the event.

Any queries please do not hesitate to contact YB Loh office 03-5631 7121 or Ting 013-8381223 . Your attendances will be greatly appreciated. Thank you.



Mar
22
Filed Under (General) by Administrator on 25-04-2007

Tarikh : 25/03/09.
Hari : Rabu.
Masa : 9.30 malam.

Tempat : Markas Besar PAS PRK N.25 Bukit Selambau, Lagenda Height (bangunan 3 tingkat berdekatan Pasaraya Tesco Sg. Petani).
Ucaptama :
1) YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd. Razak, MB Kedah.
2) YAB Tan Sri Abd. Khalid Ibrahim, MB Selangor.
3) YB Dato’ Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena.
4) YB Dato’ Amiruddin Hamzah, Exco Kerajaan Neg. Kedah.



Mar
20
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

Tuan Gwo-Burne Loh [kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes kematian dalam tahanan polis dan penjara sepanjang tahun 2008 termasuk nama, usia, bangsa dan lokasi balai / pusat tahanan serta jumlah anggota polis / warden yang dibuang kerja atau diambil tindakan atas kesalahan menyeksa tahanan sehingga mati.

JAWAPAN:
Tuan Yang Dipertua,

Bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kelana Jaya, saya ingin nyatakan sepanjang tahun 2008 tiada kejadian yang melibatkan pegawai penjara atau pegawai polis menyeksa atau memukul tahanan. Sehubungan itu sepanjang tempoh tersebut tiada pegawai penjara atau pegawai polis yang telah diambil tindakan atau dikenakan tindakan buang kerja.

Berdasarkan statsitik Jabatan penjara didapati sepanjang tahun 2008, berlaku sejumlah 255 kematian di kalangan penghuni penjara, Hasil laporan koroner, laporan pegawai perubatan serta siasatan didapati punca utama kematian penghuni adalah disebabkan oleh pneyakit yang dihidapi sebelum kemasukan mereka ke penjara seperti HIV Aids, septicaemia, serangan jantung, pulmunory tuberculosis, kanser, masalah darah dan asthma.

Sementara itu, terdapat sebanyak 13 kes yang melibatkan kematian tahanan ketika dalam lokap dan jagaan polis sepanjang tahun 2008. Sebanyak enam kes kematian direkodkan di Kontinjen Johor, dua kes di Kontinjen Sabah manakala bagi Kontinjen kedh, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Selangor masing-masing mencatatkan stu kes kematian.

Seperti juga kes kematian di penjara, punca kematian tahanan dalam lokap dan jagaan polis adalah disebabkan masalah kesihatan. Bagaimana pun, terdapat juga kes kematian yang melibatkan kejadian tahanan membunuh diri.



Mar
19
Filed Under (General) by Administrator on 25-04-2007

1) Ceramah Mega Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin
Tarikh: 19 Mac 2009
Masa: 9 malam
Tempat: Jalan Kuala Kangsar, Simpang, Taiping, Perak
(Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ketua AMK Perak Annuar 012-5162685)

2) Majlis Pengumuman calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim
Tarikh: 20 Mac 2009
Masa: 10 pagi
Tempat: Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat, Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Merbok, Taman Tuanku Hamimah, Jalan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah
(Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengarah Pilihanraya Kecil N25 Bukit Selambau Saiful Izham Ramli 012-3211162)



Mar
18
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah-langkah segera untuk melarang semua pengimport ayam di Shandong, supaya penyakit ini tidak merebak ke negara ini.

JAWAPAN: Oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Tuan Yang Dipertua,
Sehingga kini, menurut pihak berkuasa veterinar negara China, wilayah Shandong masih bebas daripada penyakit selesema burung pada ternakan unggas. Manakala berdasarkan laporan daripada Pejabat Kaunselor Pertanian di beijing, sehingga akhir Februari 2009, tiada kes terbaru jangkitan penyakit selsema burung terhadap manusia dilaporkan di China.

Walau bagaimana pun, lanjutan daripada satu kes jangkitan penyakit selesema burung pada manusia di waliayah Shandong pada awal Januari 2009, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hanya menbenarkan pengimportan produk ayam telah dimasak sahaja ke Malaysia berkuatkuasa 23 Januari 2009 bagi memastikan ianya tidak mendatangkan risiko wabak penyakit berkenaan di negara ini.

Ini adalah selaras dengan garis panduan yang telah ditetapkan di bawah Terrestrial Animal Health Code yang diterbitkan oleh the Office International des Epizooties (OIE) atau World Animal Health Organization yang menggariskan bahawa penggunaan produk ayam yang telah dimasak sekurang-kurangnya pada suhu 80 darjah celcius selama 1 minit, tidak menimbulkan risiko jangkitan penyakit yang tinggi. Garis panduan ini juga selras dengan keperluan Sanitary and Phyto-sanitary (SPS) yang menjadi rujukan World Trade Organization (WTO).

Di samping itu, pemantauan juga dilakukan di pintu-pintu masuk negara agar syarat-syarat pengimportan yang ditetapkan oleh Kerajaan dipatuhi sepenuhnya serta menjalankan persampelan untuk ujian makmal. manakala pengimportan produk ayam mentah adalah tidak dibenarkan.



Mar
16
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

Ucapan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) oleh Ahli Parlimen Kelana Jaya Gwo-Burne Loh di Dewan Rakyat Pada 16.3.2009.

Tuan Yan di-Pertua

Pakej Rangsangan Ekonomi RM 60 Bilion sebenarnya tidak membantu majoriti industri di negara ini. Sektor-sektor yang mungkin mendapat manfaat daripada bajet yang dibentangkan mungkin kepada projek-projek yang bersagkut-paut dengan Kerajaan, serta beberapa SME tertentu di dalam industri pembinaan dan telekomunikasi.

Bagi penolakan cukai terhadap bunga pinjaman perumahan sehingga RM10 ribu untuk tiga tahun dan juga imbuhan RM5 ribu kepada pemilik kenderaan yang mempunyai kereta berusia 10 tahun ke atas, saya kira dalam tempoh kegawatan ini, rakyat kebanyakan lebih menumpukan untuk membuat tabungan, bukannya pembelian hartanah. Maka, perkara ini tidak mendatangkan minat terhadap rakyat kelas pertengahan mahupun rendah. Ianya mungkin menarik minat terhadap mereka yang mempunyai status kewangan yang lebih baik.

Bagi aspek tender terbuka, saya melihat ini sebagai tindakan ‘double standard’ kerajaan yang kononnya telus kerana kes-kes spesifik, ianya tidak mahu untuk menjalankan tender terbuka. Rakyat sepatutnya mempunyai kepentingan dan diberitahu terutama kes-kes yang bersifat spesifik yang dinyatakan.

Selepas meneliti bajet rangsangan ini, saya tidak menjumpai mana-mana aspek yang menekankan kepada pemberian dana kepada projek-projek infrastruktur yang mempunyai kesan yang tinggi terutamanya kepada peningkatan perkhidmatan pengangkutan khususnya LRT dan Jambatan Kedua Pulau Pinang. Penekanan ini sepatutnya diberikan kerana rakyat di luar khususnya di Subang Jaya merintih kerana sistem pengangkutan yang amat menjelekkan. Mereka dipaksa membeli kereta kerana negara kita mempunyai sistem pengangkutan yang amat teruk.

Bajet ini sesungguhnya akan menggembirakan UEM kerana Khazanah merancang pelaburan sebanyak RM1.7 bilion tahun ini bagi membina infrastruktur, hotel dan taman-taman permainan di Iskandar. Persoalan saya, adakah berbaloi untuk merangsangkan IDR pada waktu ini dan pada masa yang sama tidak mampu untuk menganggarkan perbelanjaan para pengguna?

Kerajaan yang memberi peruntukan sebanyak RM480 juta berhasrat untuk memastikan kadar tol di negara ini tidak bertambah. Adakah ianya lebih bermanfaat sekiranya mereka melihat dan mengkaji semula perjanjian konsessi yang ditandatangani bagi kepentingan rakyat?

Nota: Ucapan ini tidak sempat dibaca di Dewan Rakyat keana kesuntukan masa