Mar
11
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

Menurut jawapan Menteri Dalam Negeri pada 3 Mac di Dewan Rakyat, jumlah kematian dalam tahanan polis bagi tahun 1999 hingga 2008 ialah sebanyak 153 kes. Purata kematian yang dicatatkan bagi tempoh 10 tahun ialah kira-kira 15 kes setahun.

Namun, menteri memberitahu bahawa berdasarkan kepada kajian ke atas kes-kes kematian dalam lokap, masalah kesihatan menjadi faktor utama penyebab kepada kematian. Selain itu, terdapat juga kes atau kejadian bunuh diri di kalangan tahanan dan juga jenayah kekerasan seperti pergaduhan di antara tahanan-tahananlain sehingga menyebabkan kematian.

Setiap kematian dalam lokap disiasat dan diserahkam kepada Timbalan pendakwa Raya sebagai rujukan dengan syor supaya kertas siasatan tersebut dirujuk kepada Majistret bagi menjalankan (inkues).



Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: