Mar
16
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

Ucapan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) oleh Ahli Parlimen Kelana Jaya Gwo-Burne Loh di Dewan Rakyat Pada 16.3.2009.

Tuan Yan di-Pertua

Pakej Rangsangan Ekonomi RM 60 Bilion sebenarnya tidak membantu majoriti industri di negara ini. Sektor-sektor yang mungkin mendapat manfaat daripada bajet yang dibentangkan mungkin kepada projek-projek yang bersagkut-paut dengan Kerajaan, serta beberapa SME tertentu di dalam industri pembinaan dan telekomunikasi.

Bagi penolakan cukai terhadap bunga pinjaman perumahan sehingga RM10 ribu untuk tiga tahun dan juga imbuhan RM5 ribu kepada pemilik kenderaan yang mempunyai kereta berusia 10 tahun ke atas, saya kira dalam tempoh kegawatan ini, rakyat kebanyakan lebih menumpukan untuk membuat tabungan, bukannya pembelian hartanah. Maka, perkara ini tidak mendatangkan minat terhadap rakyat kelas pertengahan mahupun rendah. Ianya mungkin menarik minat terhadap mereka yang mempunyai status kewangan yang lebih baik.

Bagi aspek tender terbuka, saya melihat ini sebagai tindakan ‘double standard’ kerajaan yang kononnya telus kerana kes-kes spesifik, ianya tidak mahu untuk menjalankan tender terbuka. Rakyat sepatutnya mempunyai kepentingan dan diberitahu terutama kes-kes yang bersifat spesifik yang dinyatakan.

Selepas meneliti bajet rangsangan ini, saya tidak menjumpai mana-mana aspek yang menekankan kepada pemberian dana kepada projek-projek infrastruktur yang mempunyai kesan yang tinggi terutamanya kepada peningkatan perkhidmatan pengangkutan khususnya LRT dan Jambatan Kedua Pulau Pinang. Penekanan ini sepatutnya diberikan kerana rakyat di luar khususnya di Subang Jaya merintih kerana sistem pengangkutan yang amat menjelekkan. Mereka dipaksa membeli kereta kerana negara kita mempunyai sistem pengangkutan yang amat teruk.

Bajet ini sesungguhnya akan menggembirakan UEM kerana Khazanah merancang pelaburan sebanyak RM1.7 bilion tahun ini bagi membina infrastruktur, hotel dan taman-taman permainan di Iskandar. Persoalan saya, adakah berbaloi untuk merangsangkan IDR pada waktu ini dan pada masa yang sama tidak mampu untuk menganggarkan perbelanjaan para pengguna?

Kerajaan yang memberi peruntukan sebanyak RM480 juta berhasrat untuk memastikan kadar tol di negara ini tidak bertambah. Adakah ianya lebih bermanfaat sekiranya mereka melihat dan mengkaji semula perjanjian konsessi yang ditandatangani bagi kepentingan rakyat?

Nota: Ucapan ini tidak sempat dibaca di Dewan Rakyat keana kesuntukan masa



Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: