Mar
18
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah-langkah segera untuk melarang semua pengimport ayam di Shandong, supaya penyakit ini tidak merebak ke negara ini.

JAWAPAN: Oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Tuan Yang Dipertua,
Sehingga kini, menurut pihak berkuasa veterinar negara China, wilayah Shandong masih bebas daripada penyakit selesema burung pada ternakan unggas. Manakala berdasarkan laporan daripada Pejabat Kaunselor Pertanian di beijing, sehingga akhir Februari 2009, tiada kes terbaru jangkitan penyakit selsema burung terhadap manusia dilaporkan di China.

Walau bagaimana pun, lanjutan daripada satu kes jangkitan penyakit selesema burung pada manusia di waliayah Shandong pada awal Januari 2009, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hanya menbenarkan pengimportan produk ayam telah dimasak sahaja ke Malaysia berkuatkuasa 23 Januari 2009 bagi memastikan ianya tidak mendatangkan risiko wabak penyakit berkenaan di negara ini.

Ini adalah selaras dengan garis panduan yang telah ditetapkan di bawah Terrestrial Animal Health Code yang diterbitkan oleh the Office International des Epizooties (OIE) atau World Animal Health Organization yang menggariskan bahawa penggunaan produk ayam yang telah dimasak sekurang-kurangnya pada suhu 80 darjah celcius selama 1 minit, tidak menimbulkan risiko jangkitan penyakit yang tinggi. Garis panduan ini juga selras dengan keperluan Sanitary and Phyto-sanitary (SPS) yang menjadi rujukan World Trade Organization (WTO).

Di samping itu, pemantauan juga dilakukan di pintu-pintu masuk negara agar syarat-syarat pengimportan yang ditetapkan oleh Kerajaan dipatuhi sepenuhnya serta menjalankan persampelan untuk ujian makmal. manakala pengimportan produk ayam mentah adalah tidak dibenarkan.



Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: