Kenyataan Media
4 April 2009
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak menarik balik sekatan ke atas Suara Keadilan serta Harakah dan membebaskan 13 orang tahanan ISA. Ini adalah hasil desakan rakyat. Dari mula-mula lagi sebenarnya tidak ada sebab Kerajaan harus mengenakan sekatan akhbar tersebut dan menahan tahanan itu.
Pengumuman ini, yang dibuat menjelang tiga pilihanraya kecil pada 7 April akan dilihat sebagai bermuslihat politik dan tidak ikhlas sekiranya ia tidak diikuti dengan beberapa tindakan lebih lanjut. Demi pengukuhan demokrasi di negara ini kami menggesa Najib supaya segera mengambil tindakan berikut:
• tidak membenarkan sebarang tahanan ISA dan penggantungan atau pengharaman penerbitan tanpa sebab pada masa akan datang;
• membebaskan tanpa syarat semua yang masih dalam tahanan ISA; dan
• memansuhkan ISA dan Akta Penerbitan dan Percetakan yang tidak adil itu.
Perlu diingat bahawa apabila beliau mula menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah membebaskan beberapa orang tahanan ISA dan menjanjikan media yang lebih bebas. Tetapi, semua ini dilupakan dan beliau memilih jalan yang lebih zalim.
Najib hendaklah memastikan beliau tidak akan mengikut jalan yang sama.(tamat)
DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat
____________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ __
Press Statement
4 April 2009
NAJIB MUST ACT FURTHER
The Malaysian Justice Party (KEADILAN) welcomes the announcement by Prime Minister Datuk Najib Tun Razak to withdraw suspension of Suara Keadilan and Harakah and to release 13 ISA detainees. This is the outcome of the people’s pressure. From the outset, there was no justification for the Government to carry out the said suspension and detention.
The announcement, made a few days before the three bye-elections on 7 April, will only be viewed as a political gimmick and lacking sincerity if there are no follow-up actions. To genuinely strengthen democracy, we urge Najib to take the following steps immediately:
• stop any future detention under ISA and suspension of publications;
• release unconditionally all remaining ISA detainees; and
• abrogate the ISA and the Publications and Printing Act.
It must be remembered that Tun Dr Mahathir Mohamad too, on assuming premiership, released some political detainees and promised more space for press freedom. But not long after, he conveniently forgot these and followed an authoritarian path. Najib must prove that he will not take the same path.(end)
Dr Syed Husin Ali
Deputy President
People’s Justice Party