SHAH ALAM, 16 April 2009 - Kerajaan Negeri Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) meneruskan perkhidmatan kaunter skuad bantuan Selangor Retrenchment Helpline bagi minggu ini di beberapa kawasan PBT di Selangor. Antara PBT yang akan membuka kaunter perkhidmatan tersebut bagi minggu ini adalah seperti berikut :
Tarikh: 18 April 2009 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari.
Tempat :1- Petaling Jaya - Kaunter di Pejabat MBPJ.
2- Klang - Kaunter di Pejabat MPK.
3- Ampang Jaya - Kaunter di Pejabat MPAJ.
4- Sepang - Kaunter di Pejabat JPP Bandar Baru, Salak Tinggi Utara
5- Kajang - Kaunter di Pejabat MPKj.
Orang ramai yang menghadapi masalah dalam pekerjaan atau diberhentikan kerja, boleh membuat pendaftaran dikaunter terbabit mengikut kawasan sekitar masing-masing. Kerajaan Selangor menyediakan perkhidmatan ini adalah sebagai membantu dari sudut khidmat nasihat dan runding cara kepada pengadu untuk memulihkan keyakinan dalam mencari pekerjaan.
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi Sekretariat Program Helpline iaitu Cik Siti Noor Aina ditalian (55447672) atau En.Mohd Hasry (55447121), atau boleh menghubungi Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri iaitu En. Fahrin Asmawi (55447457).