May
25
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

SOALAN LISAN

1. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan alasan mengapakah tidak ada sebarang rundingan dengan pihak awam diadakan berkaitan dengan projek penaiktarafan lebuh raya dan LRT di Kelana Jaya. Sekiranya ada, nyatakan tarikh dan tempat ianya diadakan.

2. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan alasan mengapa projek Link Subang-Kelana ditangguh tujuh bulan dan laluan Kewajipan tidak dirobohkan sungguhpun laluan baru sudah siap dibina.

3. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan alasan mengapa Prasarana, Menteri Kewangan dan EPU masih belum mengumumkan hasil kajian pembinaan LRT Subang Jaya bernilai RM5 bilion.

4. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan alasan mengapakah markah lulus PMR bagi kebanyakan matapelajaran ialah 20/100 dan matematik 8/100.

5. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status dan keberkesanan Sistem Markah Demerit untuk pesalah trafik.

6. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI LUAR menyatakan rasional kerajaan dalam meneruskan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat.

7. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI LUAR menyatakan pendirian Kerajaan yang memberi kelonggaran kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan memberi kompaun RM550 sedangkan agen masih mengenakan bebanan sehingga RM1500.

8. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada GMC Utama Sdn Bhd mempunyai lesen sah mengoperasi “Mat Kiosk” dan “Airku” sehingga terdapat 138 kes penipuan dilaporkan kepada pihak polis.

9. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menjelaskan kes penipuan syarikat pembinaan Bandar Subang Sdn Bhd yang mengugut tidak mahu menyerahkan sijil hak pemilikan pembeli sehingga pembeli menjelaskan tambahan sehingga mencecah RM10,000 untuk kos pembinaan yang lebih yang mana pembinaan tersebut tidak terkandung di dalam terma dan syarat perjanjian.

10. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI SUMBER MANUSIA mengambil pendirian tegas untuk terus mengharamkan penggunaan parakuat (racun serangga atau racun rumpai) di ladang-ladang terutama sekali di ladang kelapa sawit kerana penggunaan ini telah mengancam pekerja-pekerja ladang yang juga terdiri daripada kaum wanita.

SOALAN BERTULIS

1. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik terperinci sepanjang tahun 2009 mengenai hukuman gantung sampai mati termasuk nama, usia, bangsa, mengikut kesalahan dan pesalah-pesalah yang masih menunggu hukuman.

2. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes kematian dalam tahanan polis dan penjara sepanjang tahun 2009 termasuk nama, usia, bangsa dan lokasi balai/pusat tahanan serta jumlah anggota polis/warden yang dibuang kerja atau diambil tindakan atas kesalahan menyeksa tahanan sehingga mati.

3. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI LUAR mengemukakan butir-butir Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang ditandatangani sebagai ASEAN dengan Negara-negara luar serta penglibatan Malaysia dalam perkara ini.

4. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah kes berdasarkan gender, umur, taraf perkahwinan dan usia mengenai penyakit kulit, cacat kekal, barah dan jangkitan penyakit yang berlaku daripada penyusuan badan akibat kesan daripada penggunaan parakuat (racun serangga atau racun rumpai) di ladang-ladang terutama sekali di ladang kelapa sawit.

5. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan hasil kajian terkini dari Prasarana dan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) mengenai pembinaan LRT Subang Jaya.


USUL

1. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kerajaan Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menguatkuasa Resolusi 62/149 Bangsa Bangsa Bersatu mengenai Moratorium terhadap Hukuman Mati yang telah dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu pada 18 December 2007 dimana negara negara yang masih mengamal hukuman mati diminta untuk menghentikan pengunaan hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman
hukuman yang membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium terhadap kesemua hukuman hukuman mati dengan hasrat untuk menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Luar untuk membantu mematuhi Moratorium tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan Morotarium tersebut.
(Menteri Luar)

2. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja Siasatan Kes Pembunuhan Altantuya Sharibuu yang mati dibunuh beberapa tahun lalu. Daripada siasatan dan perbicaraan yang dijalankan, banyak pihak tidak berpuas hati dengan perjalanannya dan diharap agar suruhanjaya ini mampu untuk menjawab pelbagai spekulasi.”
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)



Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: