Hakim yang terlibat mendengar rayuan DS Zambry Abd Kadir, menurut kenyataan AHLI Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan Badrul Hisham Shahrin di Seruan Keadilan mempunyai kaitan secara langsung dengan Skandal Lingam.
VK Linggam yang telah mengemparkan negara dengan perbualan telefon mengenai kebobrokan sistem kehakiman negara ini ada menyebut nama Ramly Ali.
““Mengikut perbualan itu, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. Mereka adalah Heliliah Mohd Yusof, Ramly Ali dan Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002.”
Lagi katanya yang juga Ketua Keadilan Rembau, ““Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari 3 orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama.”
Menurut Badrul, Hakim Ramly – mengadili kes rayuan Zambry – telah dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 15 April lalu, iaitu 27 hari sebelum Zambry merayu kes ini di Mahkamah.
“Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan. Dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini.
“Dan kita pun nampak betapa mudahnya Hakim Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambry MB Haram. Mungkin Hakim Ramly ini terhutang budi dgn UMNO. Apa pun beliau bukan seorang hakim yang boleh diyakini sebagai tidak memihak kerana perlantikan beliau sebagai hakim adalah atas ihsan Umno melalui VK Linggam.”
Pada 12 Mei yang lalu Zambry telah mengemukakan permohonan untuk menangguhkan terlebih dahulu penghakiman yang telah dibuat sehari sebelum itu – penghakiman yang memihak kepada DS Nizar.
Namun keadaan berbeza berlaku kepada Nizar yang memohon untuk mengetepikan permohonan Zambry – mahkamah hanya mendengar permohonan tersebut pada 18 Mei akan datang iaitu pada hari Isnin, dan keadaan bertambah malang bagi pihak Nizar apabila mahkamah terpaksa menangguhkan lagi tarikh mendengar kepada 21 Mei.
I refer to the newly-launched KL Traffic Dispersal “Master”plan which has nothing “masterly” about it.
The key features of the plan include ramps, underpasses, elevated interchanges, and one-way streets.* This* is going to help us turn KL into a livable city?
FT Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin said the two projects were being carried out in accordance with the Prime Minister’s wish to provide a better living for KL citizens and in line with his concept that the *“people come first.”*
People come first in this plan? Not in KL, that’s for sure. It is clear that this plan is putting the car first, people last.
Instead of building up the quality of life in the city, it seems that the government is focused on tearing down the quality of life – with more construction, more traffic, more noise and more hassles.
Why is any of this necessary? Because of traffic congestion in KL? Because of bad public transport? Or because of this unrealistic idea that everyone from the suburban areas can and should be able to drive into the centre of KL – all at the same time – and not face any congestion.
These plans are simply unbelievable – not to mention unrealistic in the long term. The action of the government in designing these plans and launching them without real, effective public consultation is total shame. Contacting a few area Residents Associations and telling them what you plan to do is
not public consultation - and for a plan this big in scale, the whole city should be involved.
I do note that they have made a tiny concession to public transit though – they will have 1 lane of Jalan Tun Sambanthan as a bus lane. Of course, anyone who spends time on Jalan Tun Sambanthan will quickly realize that this bus lane will be as ineffective as all of the others in KL.
KL will not be an enjoyable, comfortable or livable city if these developments go through. It will not be a place where people come first.
But then, maybe it never was.
Sadly
Moaz Yusuf Ahmad
Subang Jaya, Selangor
In the light of the neverending controversy over the award of government scholarships by Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) of the Prime Minister’s Department, DAP will be holding a forum to obtain feedback from aggrieved students, current and former local and overseas scholars, academics as well as the public with regards to the government’s policies on scholarships.
The forum will be held as follows:
Topic: JPA Scholarships – Seeking A Fair & Equitable Policy
Venue: KL & Selangor Chinese Assembly Hall
Date: 19th May 2009 (Tuesday)
Time: 8.00 pm
The panelists will include:
l Lim Kit Siang, DAP Parliamentary Leader and MP for Ipoh Timor,
l Anthony Loke Siew Fook, MP for Rasah and DAPSY Chief,
l Tony Pua, MP for Petaling Jaya Utara,
l Dr Dzulkifli Ahmad, PAS Research Centre Director and MP for Kuala Selangor
l Nik Nazmi Nik Ahmad, Selangor ADUN for Seri Setia
Dr Goh Cheng Teik, eminent academic, former deputy minister and interviewer for Harvard University admission programme in Malaysia will also be a special guest for the evening.
Feedback and resolutions gathered at this forum will be presented at a Parliamentary Roundtable convened by Sdr Anthony Loke on this same issue. The Parliamentary Roundtable on the JPA Scholarship Scheme will be convened as follows:
Venue: Parliament Committee Room 1
Date: 22nd May 2009 (Tuesday)
Time: 10.00 am
The panelists for the Roundtable will include the speakers above as well as other members of the academia, former top overseas scholars and interview panelists for top overseas universities. They include:
l Dr Azmi Sharom, Associate Professor of Law, Universiti Malaya
l Dr Terence Gomez, Associate Professor of Political Economy, Universiti Malaya
l Dr Denison Jeyasooria, Principal Research Fellow, Universiti Kebangsaan Malaysia
l Sallehuddin Ayob, MP for Kubang Krian and PAS Youth Chief
l Nurul Izzah Anwar, MP for Lembah Pantai and alumnus of John Hopkins University, Washington
l Izad Salehuddin, Former British Chevening Scholar, alumnus of London School of Economics
l Adlin Abdul Majid, Former JPA Scholar, alumnus of Oxford University
Additional prominent panelists will be confirmed at a later date.
Among the issues which will be discussed will include the manner by which the entire scholarship selection and award system can be reformed to be a fairer and more equitable system. This will include dealing with underlying issues such as when a scholarship should be granted, the shortlisting criteria, the interview process, choice of universities etc.
We hope to present the findings of the Parliamentary Roundtable to the Prime Minister for his action to ensure that the annual scholarship controversies will no longer persist.
KOMENTAR DATUK SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
MENGENAI KEKECOHAN DI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK
Kurang daripada dua bulan setelah menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, Najib sudah menggadaikan slogan beliau sendiri – ‘1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Kini amat jelas bahawa slogan itu hanya suatu gimik politik, dan beliau tidak menghormati rakyat langsung.
Apa yang dilakukan oleh wakil-wakil BN pagi tadi merupakan satu konspirasi terpendam dan berbahaya yang dirancang oleh Najib untuk memusnahkan demokrasi di Negeri Perak. Lagipun, penggunaan mahkamah dan polis untuk campur tangan dalam hal ehwal di bawah dewan undangan negeri adalah jelas suatu percanggahan doktrin pemisahan kuasa yang diiktiraf oleh setiap kerajaan demokratik.
Malah, tindakan membawa masuk polis ke dalam dewan untuk mengheret keluar Speaker V. Sivakumar adalah satu perbuatan jenayah.
Persidangan di Dewan Undangan Negeri Perak hari ini adalah sangat memalukan dan merupakan titik hitam yang terbaru dalam politik Malaysia.
Rakyat negeri Perak telah memilih wakil-wakil mereka dalam bulan Mac 2008, tetapi Umno-BN tidak mengikut peruntukan Perlembagaan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang sah. Rakyat negeri Perak tentu akan menuntut Najib untuk bertanggungjawab di atas peristiwa hitam dalam sejarah negeri itu.
DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden Parti Keadilan Rakyat
Perutusan Hari Pekerja
Presiden Parti Keadilan Rakyat
1 Mei 2009
Tahun ini sambutan Hari Pekerja di seluruh dunia disambut dalam suasana muram ekoran dari kemelut ekonomi dunia yang melanda pada tahun lalu masih belum menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
Akibat kegawatan ekonomi dunia, statistik pengangguran dalam negara telah melonjak hingga melebihi 100,000 orang dan angka tersebut dijangka akan meningkat dari masa ke semasa. Hal ini bertambah teruk apabila kerajaan hari ini gagal untuk menawarkan pelan-pelan ekonomi yang dapat merancakkan pertumbuhan dalam negara. Natijahnya berlaku pengaliran keluar pelabur-pelabur dari negara ini ke negara yang lebih kompetitif seperti China dan India.
Pengangguran adalah fenomena yang jika gagal diatasi dengan efisyen bakal meletakkan negara ini ke kancah yang lebih mudarat. Kebajikan rakyat terabai. Justeru KEADILAN sentiasa meletakkan kebajikan rakyat yang secara relatifnya adalah golongan pekerja sebagai prioriti dalam penyediaan dasar-dasar parti.
Neger-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat telah menyediakan mekanisme bagi menghadapi fenomina tersebut. Di Selangor contohnya telah diwujudkan website khas; Selangor Retrenchment Helpline (SRH) yang akan mengumpul data terperinci mengenai pengangguran bagi menyediakan pelan-pelan bantuan kepada mereka. Melalui sistem ini data sebenar pengangguran dapat dikumpul agar usaha-usaha menyediakan pekerjaan kepada golongan tersebut dapat berjalan lancar.
KEADILAN mendesak agar Kerajaan Persekutuan Malaysia turut melaksanakan sistem ini dengan memusatkan segala data pengangguran dan menawarkan perkhidmatan cari kerja kepada pekerja yang telah hilang pekerjaan; serta mewujudkan Tabung Bantuan Pengangguran melalui dana Pakej Rangsangan Ekonomi yang dilancarkan.
Sempena Hari Pekerja ini KEADILAN mengulangi pendirian untuk memperkenalkan kadar gaji minima golongan pekerja di negara ini baik dalam sektor awam mahupun swasta sekurang-kurangnya pada kadar RM1000 sebulan. KEADILAN pada masa yang sama menyeru semua pihak agar berusaha meningkatkan tahap kemahiran para pekerja sejajar dengan kehendak semasa.
Selamat Hari Pekerja.
DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden Parti Keadilan Rakyat