Tuan Gwo-Burne Loh [ KELANA JAYA ] minta PERDANA MENTERI menyatakan semua pelaksanaan hak asasi manusia di negara ini sejak SUHAKAM ditubuhkan berdasarkan cadangan yang dikemukakan melalui laporan mereka yang dikeluarkan setiap tahun.
JAWAPAN:
Tuan Yang Dipertua,
Terima kasih diucapkan kepada AHli yang Berhormat yang mengemukakan pertanyaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Hak Asasi manusia (SUHAKAM) telah ditubuhkan oleh parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597] dan diwartakan pada 9 September 1999.
Mesyuarat suung SUHAKAM telah diadakan pada 24 April 2000 dan Laporan Tahunan SUHAKAM mula diterbitkan mulai tahun 2000.
Untuk makluman Ahli yang Berhormat, Kerajaan sentiasa peka terhadap cadangan dan syor-syor yang dikemukakan oleh SUHAKAM. Antara tindakan yang diambil oleh Kerajaan hasil daripada syor dan cadangan SUHAKAM. Antara tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan hasil daripada syor dan cadangan SUHAKAM adalah seperti berikut:
a) SUHAKAM mencadangkan agar diwujudkan satu Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman yang bebas bagi memulihkan imej dan mengembalikan keyakinan umum terhadap badan kehakiman Negara. Susulan itu, suatu Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 telah diwujudkan dan berkuatkuasa pada 2 Februari 2009.
b) Kerajaan juga telah meluluskan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 selaras dengan cdangan SUHAKAM agar membantu kanak-kanak yang menjadi mangsa kes-kes penderaan atau rogol bagi mengurangkan trauma yang dialami oleh mereka ketika menjalani proses siasatan dan pemberian keterangan di Mahkamah.
c) Pelbagai undang-undang telahpun digubal untuk melindungi hak dan maruah wanita. Akta Anit Pemerdagangan Orang telah diluluskan pada 24 Mei 2007 dan dikuatkuasakan pada 28 Februari 2008 hasil daripada cadangan SUHAKAM agar usaha perlu dipergiatkan untuk menghapuskan segala bentuk penyeludupan wanita dan kanak-kanak perempuan.
d) Kerajaan juga menyedari kewajipannya sebagai Negara pihak kepada Konvensyen Penyingkiran Semua Segi Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan memastikan wanita dan kanak-kanak wanita di Malaysia menikmati perlindungan maksimum.
e) Kerajaan juga telah menggubal Akta Orang Kurang Upaya sebagai mekanisme yang efektif untuk melindungi hak-hak Orang Kurang Upaya (OKU) selaras dengan pemerhatian SUHAKAM bahawa OKU berhak menikmati kehidupan sepenuhnya serta penglibatan dan peluang yang sama rata. Akta Orang Kurang Upaya 2008 tersebut telahpun diluluskan pada 24 Disember 2007 dan telah dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Kewujudan dan penguatkuasaan Akta tersebut diharap akan dapat menjamin hak-hak orang kurang upaya di Malaysia. Selain itu, Kerajaan mewujudkan dasar yang memperuntukkan satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU seperti di dalam ekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2008. Tujuan pelaksanaan dasar ini ialah untuk membantu OKU yang memiliki kelayakan atau kemahiran diberi peluang menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam.
Tuan Gwo-Burne Loh [ KELANA JAYA ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes kematian dalam tahanan polis dan penjara sepanjang tahun 2008 termasuk nama, usia, bangsa, dan lokasi balai / pusat tahanan serta jumlah anggota polis / warden yang dibuang kerja atau diambil tindakan atas kesalahan menyeksa tahanan sehingga mati.
JAWAPAN:
Tuan yang Dipertua,
Bagi menjawan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kelana Jaya, ingin saya nyatakan sepanjang tahun 2008 tiada kejadian yang melibatkan pegawai penjara atau pegawai polis menyeksa atau memukul tahanan. Sehubungan itu, sepanjang tempoh tersebut tiada pegawai penjara atau pegawai polis yang telah diambil tindakan atai dikenakan buang kerja.
Berdasarkan statistik jabatan penjara didapati sepanjang tahun 2008, berlaku sejumlah 255 kematian di kalangan penghuni penjara. Hasil laporan koroner, laporan pegawai perubatan serta siasatan didapati punca utama kematian penghuni adalah disebabkan oleh penyakit yang dihidapi sebelum kemasukan mereka ke penjara seperti HIV Aids, septicaemia, serangan jantung, pulmunory tuberculosis, kanser, masalah darah dan athma.
Sementara itu, terdapat sebanyak 13 kes yang melibatkan kematian tahanan ketika dalam lokap dan jagaan polis sepanjang tahun 2008. Sebanyak 6 kes kematian direkodkan di Kontinjen Johor, 2 kes di Kontinjen Sabah manakala bagi Kontinjen kedah, Kelantan, negeri Sembilan, Sarawak dan Selangor masing-masing mencatatkan 1 kes kematian. Seperti juga kes kematian di penjara, punca kematian tahanan dalam lokap dan jagaan polis adalah disebabkan masalah kesihatan. Bagaimana pun, terdapat juga kes kematian yang melibatkan kejadian tahanan membunuh diri.
Tuan Gwo-Burne Loh [ KELANA JAYA ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik terperinci sepanjang tahun 2008 mengenai hukuman gantung sampai mati termasuk nama, usia, bangsa, mengikut kesalahan dan pesalah-pesalah yang masih menunggu hukuman.
JAWAPAN:
Bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh yang Berhormat Kelana Jaya, ingin saya nyatakan sepanjang tahun 2008 hanya satu hukuman gantung sampai mati telah dilaksanakan iaitu terhadap seorang banduan berketurunan Melayu, berumur 40 tahun yang didapati bersalah kerana melakukan kesalahan membunuh.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, statistik Jabatan Penjara Malaysia yang berakhir pada 31 Disember 2008 menunjukkan terdapat seramai260 banduan yang sedang menunggu hukuman gantung sampai mati dilaksanakan terhadap mereka. Kesemua hukuman ini masih dalam proses rayuan sama ada di Mahkamah atau kepada Kemaah Pengampunan Negeri.
Banduan tersebut telah terlibat dengan pelbagai kesalahan seperti mengedar dadah iaitu seramai 160 orang, membunuh iaitu seramai 95 orang dan memiliki senjata api tanpa kebenaran iaitu seramai 5 orang.
Tuan Gwo-Burne Loh [ KELANA JAYA ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan dengan terperinci syarikat yang diluluskan dalam membekalkan katil-katil untuk para pelatih PLKN yang diperbuat daripada aluminium yang kebanyakannya sudah tidak boleh digunakan, jabatan dan individu yang memberikan kelulusan dan jumlah yang dibelanjakan atas pembekalan katil-katil tersebut.
Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan penambahbaikan yang diambil terhadap perkhidmatan Komuter selepas YAB Perdana Menteri turun padang.
International Day in Support of Victims of Torture
26 June 2009
MALAYSIA: NO MORE WORDS: WE WANT ACTION!
Kuala Lumpur – Geneva, 26 June 2009. On the occasion of the International Day in Support of Victims of Torture, the World Organisation Against Torture (OMCT) and its member organisation in Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), jointly call on the Government of Malaysia to show its commitment to abolish torture and other forms of ill-treatment by signing, ratifying and implementing effectively the United Nations Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (UNCAT) as well as the Optional Protocol to this Convention (OPCAT).
Read the rest of this entry »
- Ratify Convention on Torture, Set Up the IPCMC -
MADPET (Malaysians Against Death Penalty and Torture), on the occasion of the International Day against Torture, that falls on 26 June 2009, noting that Malaysia still has a deploring record of reported incidences of torture and deaths in custody, reiterates the call for Malaysian to immediately ratify the United Nations Convention Against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment, to immediately establish the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) and implement all the recommendations of the Royal Commission to Enhance the Operation and Management of the Royal Malaysia Police, and do all other things necessary to make Malaysia torture-free.
Read the rest of this entry »