Jun
04
Filed Under (Media) by Administrator on 25-04-2007

Kenyataan Media  Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh pada 4 Jun 2009 di Kelana Jaya.

Selaku Pengerusi Penganjur kepada Acara Pesta Renang MBPJ 2009 pada 14 Jun akan datang, saya ingin mengajak seluruh warga Petaling Jaya khususnya di Kelana Jaya untuk sama-sama menjayakannya.

Aktiviti riadah dan sukan ialah penting sebagai salah satu aspek pembangunan. Apabila kita sihat, minda cergas maka kita mampu untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara dengan jayanya.

Prestasi sukan di Negara kita merosot dari tahun ke tahun. Dengan kurangnya sokongan dari pihak kementerian berwajib, kita agak ketinggalan dalam menggondol pingat.

Secara peribadi, saya merasakan sogokan wang berjuta ringgit untuk kemenangan atlit dalam satu-satu acara bertaraf antarabangsa tidak memadai dalam memastikan kemenangan. Komitmen dalam kajian dan melihat kehendak kemudahan itu juga penting dalam menaikkan nama Malaysia. Sukan memerlukan ketekunan, kesabaran dan kesungguhan. Barulah kejayaan dapat dikecapi.

Justeru, sebagai orang muda, saya membawa aspirasi golongan muda untuk menjadikan sukan sebagai sebahagian daripada cara hidup.

Adalanya ibubapa sendiri yang tidak memberi sokongan dan mendera anak-anak mereka untuk belajar untuk lulus satu-satu peperiksaan. Cara ini tidak membantu dalam menghasilkan generasi akan datang yang berkaliber. Akhirnya, mereka akan menumpukan kepada buku, menghafal nota dan tidak menyumbang kepada karier mereka nanti. Ibu bapa juga tidak mempercayai bahawa sukan boleh dijadikan sebagai atu karier.

Saya memahami kekangan hidup yang dialami oleh kaum keluarga dalam meluangkan masa untuk bersama keluarga.

Saya menyeru para ibubapa dan seluruh warga Petaling Jaya untuk mengambil peluang ini untuk bersama-sama atlit masa hadapan dalam memajukan sukan disamping berdamping dengan warga Petaling Jaya.

Sesungguhnya, pembangunan bangsa boleh dikecapi dengan membangunnya sukan. Negara juga bisa menjadi terkenal dengan kejayaan dalam satu-satu acara sukan yang diadakan.

Datanglah beramai-ramai bagi menjayakan Pesta Renang MBPJ 2009.

Sekian, terima kasih.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-56317121 atau emel bhg_kjaya@yahoo.com



Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: