Kenyataan Buku Acara Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh pada 14 Jun 2009 di Kelana Jaya.
Salam Sejahtera
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh jawatankuasa penganjur Pesta Renang MBPJ 2009 di Kelana Jaya.
Selaku Pengerusi Penganjur, saya ingin mengucapkan terima kasih atas kepercayaan pihak jawatankuasa dalam memastikan acara ini berjalan dengan jayanya.
Sikap kesabaran dan professional Kelab Renang Stingray amat saya kagumi. Mereka mampu untuk menjayakan acara besar-besaran ini dengan bantuan pihak kerajaan tempatan yang minima. Syabas saya ucapkan.
Aktiviti riadah dan sukan ialah penting sebagai salah satu aspek pembangunan. Badan yang sihat, minda cergas akan menjadikan kita mampu untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara dengan jayanya.
Sukan memerlukan ketekunan, kesabaran dan kesungguhan. Barulah kejayaan dapat dikecapi.
Sesungguhnya, pembangunan bangsa boleh dikecapi dengan membangunnya sukan. Negara juga bisa menjadi terkenal dengan kejayaan dalam satu-satu acara sukan yang diadakan.
Justeru, sebagai orang muda, saya membawa aspirasi golongan muda untuk menjadikan sukan sebagai sebahagian daripada cara hidup.
Apa yang saya harapkan ialah peserta-peserta ini diperhatikan perkembangan prestasi mereka dari tahun ke tahun dan memberi motivasi kepada mereka untuk melangkah lebih jauh. Acara kecil seperti ini juga pasti dapat member peluang mencugkil atlit-atlit terkemuka satu hari nanti.
Saya ingin berterima kasih kepada pihak MBPJ, para ahli jawatankuasa, ibubapa dan seluruh warga Petaling Jaya dalam menjayakan acara ini.
Saya berdoa agar acara sebegini dapat diteruskan sebagai acara tahunan dan menjadi contoh kepada kelab-kelab renang lain.
Sekian, terima kasih.