Jun
16
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pendirian Kerajaan yang memberi kelonggaran kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan memberi kompaun RM550 sedangkan agen masih mengenakan bebanan sehingga RM1500.

JAWAPAN:

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Kelana Jaya yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menggalakkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang melakukan kesalahan tinggal lebih masa dan tanpa mempunyai dokumen perjalanan yang sah (Seksyen 15(4) dan Seksyen 6(3), Akta Imigresen 1959/63), Kerajaan telah memberi satu peluang kepada PATI untuk pulang ke negara asal mereka secara sukarela. Dalam tempoh itu, mereka dikehendaki membayar kompaun pada kadar yang nominal sahaja iaitu sebanyak RM300.00. Dalam pada itu juga, mereka dikenakan bayaran sebanyak RM100.00 untuk pengeluaran Pas Khas sambil menunggu tarikh kepulangan mereka ke negara asal. Maka, jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh PATI kepada Kerajaan adalah hanyak sebanyak RM400.00 dan BUKAN RM550.00 seperti mana yang didakwa oleh Ahli Yang Berhormat Kelana Jaya.

Berhubung dengan caj sebanyak RM1500.00 yang dikenakan oleh agen, Kerajaan TIDAK terlibat dalam penetapan bayaran ini, Harga bayaran dirunding oleh pihak PATI, agen dan pihak Kedutaan yang melantik agen-agen yang akan menguruskan PATI mereka.



Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: