Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kes penipuan syarikat pembinaan Bandar Subang Sdn Bhd yang mengugut tidak mahu menyerahkan sijil hak pemilikan pembeli sehingga pembeli menjelaskan tambahan sehingga mencecah RM10,000 untuk kos pembinaan yang lebih yang mana pembinaan tersebut tidak terkandung di dalam terma dan syarat perjanjian.
JAWAPAN:
Tuan Yang Dipertua,
Terima kasih diucapkan kepada Ahli Yang Berhormat atas soalan ini, Untuk makluman Ahli Yan Berhormat, secara umumnya syarikat pemaju tidak boleh mengenakan apa-apa syarat tambahan selain yang diperuntukkan dalam Surat Perjanjian Jual Beli. Berdasarkan format Perjanjian Jual dan Beli di bawah Akta Pemajuan Perumahan (kawalan dan Pelesenan) 1966 di bawah Jadual G dan Jadual H, syarikat pemaju adalah bertanggungjawab untuk menyempurnakan memorandum pindah milik (MOT) dalam tempoh 21 hari dari tarikh hakmilik berasingan dikeluarkan kepada pembeli. Sekiranya pembinaan tambahan tersebut tidak terkandung dalam perjanjian, pembeli boleh mengambil tindakan perundangan sivil terhadap pemaju.
Sehubungan itu, Kementerian Perumahan dan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menyiasat perkara ini dan sekiranya dakwaan itu benar, KPKT akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pemaju.