Kenyataan Media  Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh pada 25 Jun 2009 di Parlimen.

Pembeli-pembeli unit perumahan di kawasan Parlimen Kelana Jaya sekarang dapat tidur lena dan berpindah ke premis mereka yang baru selepas pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjanji akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pemaju.


Melalui keluhan yang diterima daripada pembeli-pembeli di sekitar kawasan Parlimen Kelana Jaya, Syarikat Pembinaan Bandar Subang Sdn Bhd enggan menyerahkan sijil hak pemilikan pembeli dan menuntut Selaku Pengerusi Penganjur kepada Acara Pesta Renang MBPJ 2009 pada 14 Jun akan datang, saya ingin mengajak seluruh warga Petaling Jaya khususnya di Kelana Jaya untuk sama-sama menjayakannya.
Isu Taman Subang Ria
Berhubung dengan isu pembinaan projek perumahan di Taman Subang Ria di Subang Jaya, saya bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, YB Hannah Yeoh dan wakil-wakil penduduk di Subang Jaya bahawa Taman Subang Ria sepatutnya dikekalkan sebagai tapak kawasan rekreasi.

Kawasan itu sudah pun digazetkan sebagai kawasan hijau (green lung) dan diharapkan dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan bagi kawasan persekitaran.

Sewaktu kempen pilihan raya umum 2008, saya bersama pasukan kempen telah bermati-matian berjanji untuk menghalang kawasan ini dan Tasik Subang Jaya daripada sebarang projek komersil mahupun perumahan dan saya akan kotakan janji tersebut.

Apa yang lebih penting bagi penduduk di Subang Jaya ialah bagi mencari jalan penyelesaian bagi masalah kesesakan lalulintas.

Saya berharap agar YB Ronnie Liu merangkap exco Kerajaan Negeri Selangor mengkaji semula pesetujuan beliau bagi pembinaan projek perumahan di tapak tanah yang digazet sebagai tapak rekreasi.

Berikut ialah jawapan bertulis Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi soalan lisan Ahli Parlimen Kelana Jaya pada 23 Jun 2009:
Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kes penipuan syarikat pembinaan Bandar Subang Sdn Bhd yang mengugut tidak mahu menyerahkan sijil hak pemilikan pembeli sehingga pembeli menjelaskan tambahan sehingga mencecah RM10,000 untuk kos pembinaan yang lebih yang mana pembinaan tersebut tidak terkandung di dalam terma dan syarat perjanjian.

JAWAPAN:
Tuan Yang Dipertua,
Terima kasih diucapkan kepada Ahli Yang Berhormat atas soalan ini, Untuk makluman Ahli Yan Berhormat, secara umumnya syarikat pemaju tidak boleh mengenakan apa-apa syarat tambahan selain yang diperuntukkan dalam Surat Perjanjian Jual Beli. Berdasarkan format Perjanjian Jual dan Beli di bawah Akta Pemajuan Perumahan (kawalan dan Pelesenan) 1966 di bawah Jadual G dan Jadual H, syarikat pemaju adalah bertanggungjawab untuk menyempurnakan memorandum pindah milik (MOT) dalam tempoh 21 hari dari tarikh hakmilik berasingan dikeluarkan kepada pembeli. Sekiranya pembinaan tambahan tersebut tidak terkandung dalam perjanjian, pembeli boleh mengambil tindakan perundangan sivil terhadap pemaju.
Sehubungan itu, Kementerian Perumahan dan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menyiasat perkara ini dan sekiranya dakwaan itu benar, KPKT akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pemaju.

Sekian, terima kasih.



Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: