Jun
30
Filed Under (Press Releases) by Administrator on 25-04-2007

Tuan Gwo-Burne Loh [ KELANA JAYA ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan dengan terperinci syarikat yang diluluskan dalam membekalkan katil-katil untuk para pelatih PLKN yang diperbuat daripada aluminium yang kebanyakannya sudah tidak boleh digunakan, jabatan dan individu yang memberikan kelulusan dan jumlah yang dibelanjakan atas pembekalan katil-katil tersebut.

JAWAPAN:

Jabatan Latihan Khidmat negara (JLKN) hanya menyewa kem-kem yang dibina oleh Pengusaha Kem untuk melaksanakan Program latiha Khidmat negara (PLKN). Walau bagaimanapun, semua kemudahan prasarana yang terdapat di kem-kem ini termasuk katil, perkhidmatan sajian dan elemen latihan hendaklah dibina dan disediakan oleh pihak Pengusaha Kem berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan oleh Kementerian Pertahanan.

Oleh itu, Jabatan Latihan Khidmat Negara tidak terlibat dalam pemberian kelulusan kepada syarikat yang membekalkan kemudahan di kem-kem PLKN.



Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: