Tuan Gwo-Burne Loh [ KELANA JAYA ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik terperinci sepanjang tahun 2008 mengenai hukuman gantung sampai mati termasuk nama, usia, bangsa, mengikut kesalahan dan pesalah-pesalah yang masih menunggu hukuman.
JAWAPAN:
Bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh yang Berhormat Kelana Jaya, ingin saya nyatakan sepanjang tahun 2008 hanya satu hukuman gantung sampai mati telah dilaksanakan iaitu terhadap seorang banduan berketurunan Melayu, berumur 40 tahun yang didapati bersalah kerana melakukan kesalahan membunuh.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, statistik Jabatan Penjara Malaysia yang berakhir pada 31 Disember 2008 menunjukkan terdapat seramai260 banduan yang sedang menunggu hukuman gantung sampai mati dilaksanakan terhadap mereka. Kesemua hukuman ini masih dalam proses rayuan sama ada di Mahkamah atau kepada Kemaah Pengampunan Negeri.
Banduan tersebut telah terlibat dengan pelbagai kesalahan seperti mengedar dadah iaitu seramai 160 orang, membunuh iaitu seramai 95 orang dan memiliki senjata api tanpa kebenaran iaitu seramai 5 orang.