Tuan Gwo-Burne Loh [ KELANA JAYA ] minta PERDANA MENTERI menyatakan semua pelaksanaan hak asasi manusia di negara ini sejak SUHAKAM ditubuhkan berdasarkan cadangan yang dikemukakan melalui laporan mereka yang dikeluarkan setiap tahun.
JAWAPAN:
Tuan Yang Dipertua,
Terima kasih diucapkan kepada AHli yang Berhormat yang mengemukakan pertanyaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Hak Asasi manusia (SUHAKAM) telah ditubuhkan oleh parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597] dan diwartakan pada 9 September 1999.
Mesyuarat suung SUHAKAM telah diadakan pada 24 April 2000 dan Laporan Tahunan SUHAKAM mula diterbitkan mulai tahun 2000.
Untuk makluman Ahli yang Berhormat, Kerajaan sentiasa peka terhadap cadangan dan syor-syor yang dikemukakan oleh SUHAKAM. Antara tindakan yang diambil oleh Kerajaan hasil daripada syor dan cadangan SUHAKAM. Antara tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan hasil daripada syor dan cadangan SUHAKAM adalah seperti berikut:
a) SUHAKAM mencadangkan agar diwujudkan satu Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman yang bebas bagi memulihkan imej dan mengembalikan keyakinan umum terhadap badan kehakiman Negara. Susulan itu, suatu Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 telah diwujudkan dan berkuatkuasa pada 2 Februari 2009.
b) Kerajaan juga telah meluluskan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 selaras dengan cdangan SUHAKAM agar membantu kanak-kanak yang menjadi mangsa kes-kes penderaan atau rogol bagi mengurangkan trauma yang dialami oleh mereka ketika menjalani proses siasatan dan pemberian keterangan di Mahkamah.
c) Pelbagai undang-undang telahpun digubal untuk melindungi hak dan maruah wanita. Akta Anit Pemerdagangan Orang telah diluluskan pada 24 Mei 2007 dan dikuatkuasakan pada 28 Februari 2008 hasil daripada cadangan SUHAKAM agar usaha perlu dipergiatkan untuk menghapuskan segala bentuk penyeludupan wanita dan kanak-kanak perempuan.
d) Kerajaan juga menyedari kewajipannya sebagai Negara pihak kepada Konvensyen Penyingkiran Semua Segi Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan memastikan wanita dan kanak-kanak wanita di Malaysia menikmati perlindungan maksimum.
e) Kerajaan juga telah menggubal Akta Orang Kurang Upaya sebagai mekanisme yang efektif untuk melindungi hak-hak Orang Kurang Upaya (OKU) selaras dengan pemerhatian SUHAKAM bahawa OKU berhak menikmati kehidupan sepenuhnya serta penglibatan dan peluang yang sama rata. Akta Orang Kurang Upaya 2008 tersebut telahpun diluluskan pada 24 Disember 2007 dan telah dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Kewujudan dan penguatkuasaan Akta tersebut diharap akan dapat menjamin hak-hak orang kurang upaya di Malaysia. Selain itu, Kerajaan mewujudkan dasar yang memperuntukkan satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU seperti di dalam ekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2008. Tujuan pelaksanaan dasar ini ialah untuk membantu OKU yang memiliki kelayakan atau kemahiran diberi peluang menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam.