Jun
30
Filed Under (Press Releases) by Administrator on 25-04-2007

Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan penambahbaikan yang diambil terhadap perkhidmatan Komuter selepas YAB Perdana Menteri turun padang.

JAWAPAN:

Untuk makluman Yang Berhormat, YAB Perdana Menteri telah mengadakan lawatan ke Stesen Komuter Serdang pada 21 Ogos 2008 untuk meninjua situasi semasa perkhidmatan KTM Komuter.

Beberapa tindakan penambahbaikan bagi meningkat mutu perkhidmatan Komuter telah pun dilaksanakan. Antaranya ialah pelaksanaan kekerapan harian perkhidmatan KTM Komuter daripada 15/20 minit (waktu puncak / waktu luar puncak) kepada 20 minit. Pada tahap kekerapan 20 minit, sebanyak 25 set Electric Multiple Unit (EMU) digunakan di sektor Sentul-Pelabuhan Klang, Rawang-Seremban dan Rawang-Kuala Kubu Bharu. Jika terdapat lebihan set EMU, larian bebas (shuttle service) akan dilaksanakan di sektor-sektor berpenumpang padar iaitu Kajang-Sg Buloh dan Shah Alam - Kuala Lumpur Sentral menggunakan set-set tambahan tersebut.

KTMB juga telah menubuhkan Special Task Force yang terdiri daraipada jabatan-jabatan teknikal dan Jabatan Komuter KTM bagi meningkatkan tahap ketersediaan (reliability) dan kebolehadaan (availability) set EMU. Jumlah set EMU pada masa ini adalah sebanyak 28 set (iaitu tambahan 3 set ini telah digunakan untuk perkhidmatam shuttle antara Kajang - Sg Buloh dan Shah Alam - Kuala Lumpur Sentral.

Selain daripada itu, KTMB juga telah memperkenalkan Sistem Q (penumpang beratur platform sewaktu menunggu untuk menaiki tren) di Stesen KL Sentral mulai 24 Oktober 2008 bagi melancarkan pergerakan keluar / masuk penumpang dari tren-tren komuter di platform. Seterusnya, sistem ini telah diperluaskan ke tujuh buah stesen utama yang lain secara berperingkat iaitu Stesen Mid Valley, Bank Negara, Kuala Lumpur, Serdang, Kajang, bandar Tasek Selatan dan Putra.

Dalam pada itu, langkah-langkah berikut juga telah diambil iaitu:-

i. meletakkan notis dan pelekat peringatan kepada penumpang supaya menggunakan perkhidmatan komuter secaraberhemah;

ii. membuat pengumuman secara berterusan di stesen dan di dalam tren bagi mengingatkan penumpang memberi laluan kepada penumpang yang lebih memerlukan;

iii. menempatkan polis bantun pada waktu puncak bagi mengawal sebarang situasi yang tidak diingini di stesen-stesen Komuter; dan

iv. melancarkan kempen pengguna prihatin untuk mendidik penumpang menghormati penumpang yang lain.

KTMB juga telah melaksanakan beberapa projek menaiktaraf kemudahan-kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) di beberapa buah stesen KTMB terpilih iaitu Stesen Bank Negara, Mid Valley, Kepong Sentral, Kuala Lumpur Sentral , Kuala Kubu Bharu, Rasa, Batang Kali, Seremban, Kajang, Bandar Tasek Selatan, Serdang, Shah Alam, Serendah dan Subang Jaya. Kemudahan-kemudahan OKU yang telah disediakan adalah seperti berikut:-

i. Jubin Tactiles

ii. OKU lif

iii. Ramp ke bangunan stesen

iv. Ramp ke platform;

v. Tandas khas OKU; dan

vi. Lot letak kereta khas untuk OKU.

Selain daripada kemudahan-kemudahan di atas, KTMB juga telah membina manual di stesen-stesen Komuter bekerkenaan bagi memudahkan pergerakan keluar-masuk ke stesen oleh para pengguna OKU yang berkerusi roda dan penyediaan Destination Board (Papan Destinasi Digital) bagi 10 buah set EMU yang elah dibaikpulih, Destination Board ini diletakkan di bahagian tepi badan dan di hadapan EMU untuk kemudahan semua penumpang termasuk golongan yang kurang pendengaran bagi memastikan destinasi mereka sebelum menaiki tren.



Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: