Jul
17
Filed Under (Media) by Administrator on 25-04-2007

Baru genap 100 hari Dato Seri Najib Tun Razak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Negara Malaysia dikejutkan oleh kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Exco Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah semasa dalam bangunan pejabat SPRM, tempat di mana beliau disoal siasat berhubung dengan dakwaan salahguna peruntukan DUN.

Kami ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Teoh Beng Hock. Kematian Teoh Beng Hock, seorang anak Malaysia yang bercita-cita tinggi, mempunyai masa depan dan bersedia berkhidmat untuk rakyat Negeri Selangor adalah satu kehilangan yang besar bagi keluarga dan negara.

SPRM sejak keujudannya gagal menampilkan imej sebagai sebuah badan professional, telus dan terkecuali daripada pengaruh kerajaan Pusat di bawah pimpinan UMNO Barisan Nasional. Tindakan SPRM menyiasat dakwaan salahguna peruntukan DUN oleh ADUN Pakatan Rakyat di Selangor merupakan satu tindakan yang bermotif politik memandangkan tiada tindakan yang diambil ke atas aduan rasuah yang dibuat terhadap ramai ahli politik UMNO Barisan Nasional terutamanya Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor dan yang terlibat dalam skandal PKFZ.

Kini, SPRM terus memegang peranan dan fungsi sebagai alat UMNO BN untuk mencabuli kebebasan individu, autonomi rakyat untuk memilih wakil rakyat mereka dan konsep Federalisma yang kesemuanya termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Justeru itu, kami, Wanita Wilayah Persekutuan menuntut supaya tragedi Teoh Beng Hock disiasat dengan penuh ketelusan dan secara professional. SPRM hendaklah menghentikan segala siasatan berhubung dengan dakwaan salahguna peruntukan DUN selagi keselamatan semua saksi tidak terjamin dan selagi pegawai yang bertanggungjawab terhadap kematian Teoh Beng Hock tidak dibawa ke muka pengadilan. Semua pegawai yang terlibat dalam soal siasat tersebut hendaklah digantung kerja serta merta sementara menunggu keputusan siasatan.
Felicia Ling Lae Feei
Ketua Wanita Wilayah Persekutuan
Parti Keadilan Rakyat
012-3780260



Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: