mStar
SHAH ALAM: Struktur yang dikenali sebagai “tokong datuk” yang dirobohkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 21 Oktober lepas bukannya rumah ibadat sebaliknya hanya berupa struktur yang dijadikan tempat berjudi dan pemujaan untuk ramalan nombor ekor oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Read the rest of this entry »
Malaysiakini
Majlis Peguan Malaysia kecewa dengan keputusan kerajaan yang dilaporkan tidak akan mengambil tindakan lanjut dalam kes membabitkan klip video Lingam, sedangkan Suruhanjaya Diraja 2008 telah mengesahkan ketulenannya.
Read the rest of this entry »
Pada 26 Oktober 2009 (Isnin) jam 11 pagi di Dewan Parlimen, saya terbaca sebuah artikel di Malaysiakini bertarikh 22 Oktober 2009 bertajuk “MIC boss fumes over temple demolition in Shah Alam”.
Saya, Gwo-Burne Loh, ahli parlimen Kelana Jaya mendapati kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MIC (Kongres India Malaysia), Datuk Seri S. Samy Vellu sengaja menimbulkan perbalahan di antara kaum dan membahayakan. Kenyataan Datuk Seri S.Samy Vellu dalam semua akhbar harian Tamil yang mengaitkan “Tokong Datuk: dengan kuil Hindu telah memburukkan imej baik ajaran agama Hindu dan mencetuskan gambaran negatif terhadap keseluruhan kebudayaan umat Hindu.
Saya mendapat maklumat bahawa Datuk Seri S.Samy Vellu juga membuat kenyataan palsu di dalam laporan Malaysiakini tersebut dengan mengatakan lokasi yang dikatakan di U1 Glenmarie bukanlah sebuah kuil seperti yang didakwa tetapi hanyalah sebuah tempat suci bagi penganut agama Hindu yang dipanggil “Tokong Datuk”. Saya merujuk kepada akhbar The Malaysian Insider pada 23 Oktober 2009 bertajuk “The Demolished Temple That Never Was” oleh Neville Spykerman.
Datuk Seri S.Samy Vellu juga mendakwa bahawa pihak Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA) melakukan perobohan atas arahan kerajaan Negeri Selangor. Menurut kenyataan media exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar bertarikh 24 Oktober 2009 bertajuk “Datuk Sri Samy Vellu diseru Minta Maaf kepada Umat Hindu Atas Pembohongan Berniat Politik Isu Tokong Datuk”, tindakan perobohan berlaku semata-matanya kerana pembinaan haram struktur baru giat dilakukan di tapak tersebut tanpa sebarang kelulusan daripada pihak MBSA. Sekiranya benar, ini bermakna Datuk Seri S.Samy Vellu telah berbohong.
Sekiranya benar laporan Malaysiakini tersebut, bermakna Samy Vellu benar-benar berbohong dan cuba membangkitkan isu perkauman. Beliau sepatutnya disiasat berdasarkan laporan berita yang saya nyatakan.
GWO-BURNE LOH
Ahli Parlimen Kelana Jaya
Infamous lawyer VK Lingam goes scott-free. And despite the fact that in a video, Lingam discussed about judicial appointments which not just prompted a nationwide outcry but also further tarnished the country’s judiciary.
Read the rest of this entry »
SOALAN LISAN
1. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan usaha dan polisi kerajaan dalam mengatasi masalah penyinaran serta komitmen kerajaan semasa UN Climate Change Conference pada 7-18 Disember ini.
2. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta KEMENTERIAN PELANCONGAN menyatakan ramalan keuntungan melalui pasukan F1 yang baru dan peningkatan hasil pelancongan berbanding dengan 2008 dan 2009 serta bagaimanakah prestasi dari pasukan F1 Malaysia akan mempengaruhi hasil pelancongan tersebut.
3. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta KEMENTERIAN KEWANGAN menyatakan kos operasi F1 setiap tahun serta nisbah yang dikeluarkan oleh GLC dan kerajaan termasuk pelaburan langsung dan penajaan yang diterima.
4. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan rasional alasan menyerahkan toll konsessi PLUS kepada Syarikat Asas Serba pada nilai harga RM50 billion.
5. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada benar kesemua 138 kes yang dilaporkan kepada polis mengenai penipuan GMC Utama Sdn Bhd yang mengoperasi “Mat Kiosk” dan “Airku” ditutup oleh Jabatan Peguam Negara, sekiranya benar berikan sebab-sebabnya.
6. Tuan Gwo-Burne Loh [kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa selepas kes Sharmila Turaisingam pada 12 januari 2008 dan pengakuan bersumpahnya yang bercanggah dengan penerangan SPR melalui Jawapan Lisan Parlimen pada 16 Oktober 2008 dan dibawa ke SPRM, ianya masih belum ada sebarang perkembangan.
7. Tuan Gwo-Burne Loh [kelana Jaya] minta MENTERI LUAR menyatakan status pelaksanaan cadangan daripada proses penilaian Universal Periodic Review (UPR) di UN Human Rights Council pada Februari 2009, berkaitan dengan komitmen Malaysia untuk menerima lawatan rasmi daripada UN Working Group on Arbitrary Detention; dan cadangan berkenaan dengan ratifikasi undang-undang hak asasi manusia antarabangsa yang utama, termasuk ICCPR, ICESCR, CAT dan CERD.
8. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status TIGA tahanan ini yang dipercayai ditahan pada 25 Jun 2009 di bawah ISA IAITU Sulaiman Bin Bukhari, Latif Bin Omar dan Samsudin dan apakah status terkini dua tahanan iaitu Mohd Farik Bin Amin dan Mohammed Nazir Bin Lep yang ditahan di Kem Guantanamo.
9. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status pelaksanaan penubuhan Mahkamah Koroner yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Untuk Mengkaji Rang Undang-undang Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah bagi memastikan penyiasatan kes kematian dalam tahanan dijalankan dengan adil dan profesional.
10. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan keseluruhan nama, umur dan jumlah pampasan yang diterima akibat daripada peristiwa berdarah Kg Medan pada tahun 2001 seperti yang dijanjikan.
SOALAN BERTULIS
1. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:
a. Bilangan yang ditahan di bawah Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance (EO) 1969 sejak tahun 2000 hingga 2009.
b. Bilangan juvana (di bawah 18 tahun) yang ditahan dibawah EO dari tahun 2000 hingga 2009.
c. Bilangan tahanan EO yang dibebaskan pada 2009 dan berapa ramai dikenakan Akta Kediaman Terhad (RRA)?
2. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilangan syarikat pemaju yang masih belum menghantar kenyataan akaun mereka, memanggil sebarang Mesyuarat Agung dan menubuhkan JMB serta berapa banyak pemaju yang telah melanggar undang-undang sejak Akta the Building and Common Property (Maintenance and Management) Act, 2007 dikuatkuasakan. Sekiranya ada, berapa ramai syarikat pemajukah yang sudah dikenakan tindakan.
3. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah terkini polis trafik serta peratusannya yang ditugaskan khas bagi mengekori menteri kabinet serta orang kenamaan di seluruh Negara.
4. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:
a. Bilangan yang ditahan di bawah Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act (DDA) 1985 sejak tahun 2000 hingga 2009?
b. Bilangan juvana (di bawah 18 tahun) yang ditahan dibawah DDA sejak tahun 2000 hingga 2009?
c. Bilangan tahanan DDA yang dibebaskan pada 2009 dan berapa ramai dikenakan Akta Kediaman Terhad (RRA)?
5. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:
a. Jumlah bilangan yang kini ditahan di Simpang Renggam (mengikut kumpulan etnik).
b. Bilangan yang kini ditahan di bawah EO dan DDA masing-masing di Simpang Renggam.
c. Bilangan juvana (di bawah 18 tahun) yang kini ditahan di Simpang Renggam.
USUL
1.Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kerajaan Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menguatkuasa Resolusi 62/149 Bangsa Bangsa Bersatu mengenai Moratorium terhadap Hukuman Mati yang telah dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu pada 18 December 2007 dimana negara negara yang masih mengamal hukuman mati diminta untuk menghentikan pengunaan hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman
hukuman yang membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium terhadap kesemua hukuman hukuman mati dengan hasrat untuk menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Luar untuk membantu mematuhi Moratorium tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan Morotarium tersebut.
(Menteri Luar)
2. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja Siasatan Kes Pembunuhan Altantuya Sharibuu yang mati dibunuh beberapa tahun lalu. Daripada siasatan dan perbicaraan yang dijalankan, banyak pihak tidak berpuas hati dengan perjalanannya dan diharap agar suruhanjaya ini mampu untuk menjawab pelbagai spekulasi.”
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
3. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengkaji semula undang-undang yang berhubung dengan pengangkutan jalan raya dan menumpukan kepada penguatkuasaaan undang-undang jalan raya berbanding dengan anggota polis trafik memandangkan terlalu banyak kesalahan undang-undang dilakukan disebabkan kekurangan penguatkuasaan.”
(Menteri di Jabatan Pengangkutan)