SOALAN LISAN
1.    Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan usaha dan polisi kerajaan dalam mengatasi masalah penyinaran serta komitmen kerajaan semasa UN Climate Change Conference pada 7-18 Disember ini.
2.    Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta KEMENTERIAN PELANCONGAN menyatakan ramalan keuntungan melalui pasukan F1 yang baru dan peningkatan hasil pelancongan berbanding dengan 2008 dan 2009 serta bagaimanakah prestasi dari pasukan F1 Malaysia akan mempengaruhi hasil pelancongan tersebut.

3.    Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta KEMENTERIAN KEWANGAN menyatakan kos operasi F1 setiap tahun serta nisbah yang dikeluarkan oleh GLC dan kerajaan termasuk pelaburan langsung dan penajaan yang diterima.

4.    Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI  KERJA RAYA menyatakan rasional alasan menyerahkan toll konsessi PLUS kepada Syarikat Asas Serba pada nilai harga RM50 billion.

5.    Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada benar kesemua 138 kes yang dilaporkan kepada polis mengenai penipuan GMC Utama Sdn Bhd yang mengoperasi “Mat Kiosk” dan “Airku” ditutup oleh Jabatan Peguam Negara, sekiranya benar berikan sebab-sebabnya.

6.    Tuan Gwo-Burne Loh [kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa selepas kes Sharmila Turaisingam pada 12 januari 2008 dan pengakuan bersumpahnya yang bercanggah dengan penerangan SPR melalui Jawapan Lisan Parlimen pada 16 Oktober 2008 dan dibawa ke SPRM, ianya masih belum ada sebarang perkembangan.

7.    Tuan Gwo-Burne Loh [kelana Jaya] minta MENTERI LUAR menyatakan status pelaksanaan cadangan daripada proses penilaian Universal Periodic Review (UPR) di UN Human Rights Council pada Februari 2009, berkaitan dengan komitmen Malaysia untuk menerima lawatan rasmi daripada UN Working Group on Arbitrary Detention; dan cadangan berkenaan dengan ratifikasi undang-undang hak asasi manusia antarabangsa yang utama, termasuk ICCPR, ICESCR, CAT dan CERD.

8.    Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status TIGA tahanan ini yang dipercayai ditahan pada 25 Jun 2009 di bawah ISA IAITU Sulaiman Bin Bukhari, Latif Bin Omar dan Samsudin dan apakah status terkini dua tahanan iaitu Mohd Farik Bin Amin dan Mohammed Nazir Bin Lep yang ditahan di Kem Guantanamo.

9.    Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status pelaksanaan penubuhan Mahkamah Koroner yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Untuk Mengkaji Rang Undang-undang Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah bagi memastikan penyiasatan kes kematian dalam tahanan dijalankan dengan adil dan profesional.

10.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan keseluruhan nama, umur dan jumlah pampasan yang diterima akibat daripada peristiwa berdarah Kg Medan pada tahun 2001 seperti yang dijanjikan.

SOALAN BERTULIS
1.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:
a.       Bilangan yang ditahan di bawah Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance (EO) 1969 sejak tahun 2000 hingga 2009.
b.      Bilangan juvana (di bawah 18 tahun) yang ditahan dibawah EO dari tahun 2000 hingga 2009.
c.       Bilangan tahanan EO yang dibebaskan pada 2009 dan berapa ramai dikenakan Akta Kediaman Terhad (RRA)?

2.  Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilangan syarikat pemaju yang masih belum menghantar kenyataan akaun mereka, memanggil sebarang Mesyuarat Agung dan menubuhkan JMB serta berapa banyak pemaju yang telah melanggar undang-undang sejak Akta the Building and Common Property (Maintenance and Management) Act, 2007 dikuatkuasakan. Sekiranya ada, berapa ramai syarikat pemajukah yang sudah dikenakan tindakan.

3. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah terkini polis trafik serta peratusannya yang ditugaskan khas bagi mengekori menteri kabinet serta orang kenamaan di seluruh Negara.

4.  Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:
a.       Bilangan yang ditahan di bawah Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act (DDA) 1985 sejak tahun 2000 hingga 2009?
b.      Bilangan juvana (di bawah 18 tahun) yang ditahan dibawah DDA  sejak tahun 2000 hingga 2009?
c.       Bilangan tahanan DDA yang dibebaskan pada 2009 dan berapa ramai dikenakan Akta Kediaman Terhad (RRA)?

5. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:
a.    Jumlah bilangan yang kini ditahan di Simpang Renggam (mengikut kumpulan etnik).
b.    Bilangan yang kini ditahan di bawah EO dan DDA masing-masing di Simpang Renggam.
c.    Bilangan juvana (di bawah 18 tahun) yang kini ditahan di Simpang Renggam.

USUL
1.Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kerajaan Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menguatkuasa Resolusi 62/149 Bangsa Bangsa Bersatu mengenai Moratorium terhadap Hukuman Mati yang telah dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu pada 18 December 2007 dimana negara negara yang masih mengamal hukuman mati diminta untuk menghentikan pengunaan hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman
hukuman yang membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium terhadap kesemua hukuman hukuman mati dengan hasrat untuk  menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Luar untuk membantu mematuhi Moratorium tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan Morotarium tersebut.
(Menteri Luar)

2.     Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja Siasatan Kes Pembunuhan Altantuya Sharibuu yang mati dibunuh beberapa tahun lalu. Daripada siasatan dan perbicaraan yang dijalankan, banyak pihak tidak berpuas hati dengan perjalanannya dan diharap agar suruhanjaya ini mampu untuk menjawab pelbagai spekulasi.”
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

3.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengkaji semula undang-undang yang berhubung dengan pengangkutan jalan raya dan menumpukan kepada penguatkuasaaan undang-undang jalan raya berbanding dengan anggota polis trafik memandangkan terlalu banyak kesalahan undang-undang dilakukan disebabkan kekurangan penguatkuasaan.”
(Menteri di Jabatan Pengangkutan)



Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: