Oct
28
Filed Under (General) by Administrator on 25-04-2007
Kelana Jaya Police Station

Kelana Jaya Police Station

Pada 26 Oktober 2009 (Isnin) jam 11 pagi di Dewan Parlimen, saya terbaca sebuah artikel di Malaysiakini bertarikh 22 Oktober 2009 bertajuk “MIC boss fumes over temple demolition in Shah Alam”.

Saya, Gwo-Burne Loh, ahli parlimen Kelana Jaya mendapati kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MIC (Kongres India Malaysia), Datuk Seri S. Samy Vellu sengaja menimbulkan perbalahan di antara kaum dan membahayakan. Kenyataan Datuk Seri S.Samy Vellu dalam semua akhbar harian Tamil yang mengaitkan “Tokong Datuk: dengan kuil Hindu telah memburukkan imej baik ajaran agama Hindu dan mencetuskan gambaran negatif terhadap keseluruhan kebudayaan umat Hindu.

Saya mendapat maklumat bahawa Datuk Seri S.Samy Vellu juga membuat kenyataan palsu di dalam laporan Malaysiakini tersebut dengan mengatakan lokasi yang dikatakan di U1 Glenmarie bukanlah sebuah kuil seperti yang didakwa tetapi hanyalah sebuah tempat suci bagi penganut agama Hindu yang dipanggil “Tokong Datuk”. Saya merujuk kepada akhbar The Malaysian Insider pada 23 Oktober 2009 bertajuk “The Demolished Temple That Never Was” oleh Neville Spykerman.

Datuk Seri S.Samy Vellu juga mendakwa bahawa pihak Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA) melakukan perobohan atas arahan kerajaan Negeri Selangor. Menurut kenyataan media exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar bertarikh 24 Oktober 2009 bertajuk “Datuk Sri Samy Vellu diseru Minta Maaf kepada Umat Hindu Atas Pembohongan Berniat Politik Isu Tokong Datuk”, tindakan perobohan berlaku semata-matanya kerana pembinaan haram struktur baru giat dilakukan di tapak tersebut tanpa sebarang kelulusan daripada pihak MBSA. Sekiranya benar, ini bermakna Datuk Seri S.Samy Vellu telah berbohong.

Sekiranya benar laporan Malaysiakini tersebut, bermakna Samy Vellu benar-benar berbohong dan cuba membangkitkan isu perkauman. Beliau sepatutnya disiasat berdasarkan laporan berita yang saya nyatakan.

GWO-BURNE LOH
Ahli Parlimen Kelana Jaya



Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: