JEMPUTAN MEDIA
3 Disember 2009

Kepada Sidang Pengarang,

KONFLIK PENJELASAN POLIS, PEGUAM NEGARA DAN MENTERI DALAM NEGERI MENGENAI  PELABURAN BERUNSUR PENIPUAN ‘AIRKU’

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo-Burne akan mengadakan sidang media berhubung dengan perkembangan kes yang dihadapi oleh mangsa-mangsa pelaburan produk ’Airku’ yang melibatkan mangsa kerugian beratus ribu.

Butir-butir sidang media seperti berikut:
Tarikh             : 5 Disember 2009 (Sabtu)
Tempat           : Pejabat Ahli Parlimen Kelana Jaya, 16-3, Jalan PJS 8/2,
Subang Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya
Masa               : 11.30 pagi

Kebanyakan mangsa jenayah kolar putih ini akan turut bersama YB Gwo-Burne Loh akan menuntut penjelasan bagi pihak mangsa. Pihak polis, Peguam Negara dan Menteri Dalam Negeri di parlimen pada 26 Oktober 2009 dengan memberi penjelasan berbeza.

Soalan Lisan Parlimen Kelana Jaya pada 26 Oktober 2009
Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada kesemua 138 kes yang dilaporkan kepada polis mengenai penipuan GMC Uama Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan “Mat Kiosk” dan “Airku” ditutup oleh Jabatan Peguam Negara, sekiranya benar berikan sebab-sebabnya.
Semua wartawan dan jurugambar dijemput untuk hadir ke majlis sidang media tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi  Gwo-Phynne 019-2322222.



Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: