SOALAN LISAN

1.      Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan alasan mengarahkan pengawal ASWARA mengunci Panggung Eksperimen tanpa notis pada 5 Februari 2010 ketika Pementasan Teater TANDA sedang berlangsung sungguhpun kebenaran sudahpun diberi.

2.      Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan alasan filem Karaoke tidak mendapat hak tayangan wajib 14 hari seperti filem-filem tempatan yang lain.

3.      Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah bentuk demokrasi yang kita miliki apabila kita tidak membenarkan rakyat memilih wakil di peringkat kerajaan tempatan.

4.      Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI LUAR menyatakan pendirian Kerajaan mengenai krisis yang berlaku di Iran.

5.      Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan hak beliau untuk mengarahkan kain rentang ucapan Thaipusam oleh Kerajaan Negeri Selangor diturunkan pada 29 Januari 2009.

6.      Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan sebab gondola Eye On Malaysia yang diletakkan di Melaka sebagai tarikan pelancong disita.

7.      Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan di mana pegawai polis yang bertugas berada ketika mangsa P.Babu dikatakan membunuh diri dengan menggunakan baju lokap yang dipakai oleh mangsa  pada 1 Februari 2009.

8.      Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan undang-undang yang sedang dirangka oleh Jawatankuasa Induk Reformasi Undang-undang Malaysia.

9.      Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tarikh susulan mengenai Penilaian Penggalan Sejagat (the Universal Periodic Review) di bawah PBB yang mana penilaian peringkat pertama diadakan pada 11 Februari 2009 yang lalu.

10.  Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada buku “Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism” yang dirampas sudah dipulangkan kepada penerbit.

SOALAN BERTULIS
1.      Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT melampirkan Kajian “A Preliminary Study On Non-Custodial Fathers Contact With Their Children After Divorce In Malaysia”  (Prof Madya Dr. Zaleha kamarudin, UKM 2005) atas kegagalan kementerian melayan permohonan Unit Penyelidikan Parlimen pada Julai 2008 sehingga sekarang.

2.      Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan senarai data anak luar nikah termasuk bangsa, negeri dan jumlah bagi 2007 dan 2008.

3. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kesemua nama, usia dan bangsa kesemua 13 mangsa yang mati ketika dalam lokap dan jagaan polis sepanjang tahun 2008.

4. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perincian penggunaan tambahan peruntukan RM1 bilion kepada penguatkuasaan polis yang hanya menelah pengurangan kadar jenayah sebanyak 5 peratus.

5. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
a) jumlah kes yang telah SPRM membawa pendakwaan bagi tahun 2005, 2006, 2007, 2008, 2009.
b) jumlah kes yang telah SPRM sabitkan kesalahan bagi tahun 2005, 2006, 2007, 2008, 2009.
c) jumlah wang yang telah digunakan dalam pendakwaan bagi 2005, 2006, 2007, 2008, 2009.

USUL
1. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kerajaan Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menguatkuasa Resolusi 62/149 Bangsa Bangsa Bersatu mengenai Moratorium terhadap Hukuman Mati yang telah dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu pada 18 December 2007 dimana negara negara yang masih mengamal hukuman mati diminta untuk menghentikan pengunaan hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman-hukuman yang membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium terhadap kesemua hukuman hukuman mati dengan hasrat untuk  menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Luar untuk membantu mematuhi Moratorium tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan Morotarium tersebut.

(Menteri Luar)
2.     Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja Siasatan Kes Pembunuhan Altantuya Sharibuu yang mati dibunuh beberapa tahun lalu. Daripada siasatan dan perbicaraan yang dijalankan, banyak pihak tidak berpuas hati dengan perjalanannya dan diharap agar suruhanjaya ini mampu untuk menjawab pelbagai spekulasi.”
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)



Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: