Apr
07
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

JAWAPAN LISAN DEWAN RAKYAT YB GWO-BURNE LOH PADA 7 APRIL 2010

SOALAN:

Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan alasan mengarahkan pengawal ASWARA mengunci Panggung Eksperimen tanpa notis pada 5 Februari 2010 ketika pementasan teater TANDA sedang berlangsung sungguhpun kebenaran sudahpun diberi.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,
Rektor ASWARA tidak mengeluarkan arahan mengunci Panggung Eksperimen pada 5 Februari 2010 (Jumaat). Sebaliknya, beliau telah membatalkan pementasan teater TANDA yang akan dipentaskan pada jam 8:30 malam tersebut kerana tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Pihak ASWARA telah mendapati adegan kurang sopan dan tidak sesuai dipentaskan di khalayak terutama produksi teater TANDA dinasihatkan untuk membuat permohonan baru.

Keputusan membatalkan pementasan teater TANDA adalah atas alasan berikut:-
(i)    Terdapat adegan kurang sopan dan tidak sesuai dipentaskan di khalayak terutama Panggung Eksperimen ASWARA merupakan sebuah kemudahan di premis institusi pengajian tinggi kerajaan.
(ii)    Produksi teater TANDA tiada mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasan Tempatan (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) untuk mengadakan pementasan teater mahupun kelulusan pementasan yang mengenakan bayaran masuk atau bertikKet.
(iii)    Terdapat unsur-unsur penipuan oleh pihak produksi teater dimana mereka menggunakan kepala surat rasmi PERSATUAN ALUMNI ASWARA tanpa kebenaran mahupun pengetahuan Persatuan.



Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: