Jun
08
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

JAWAPAN DEWAN RAKYAT AHLI PARLIMEN KELANA JAYA, GWO-BURNE LOH PADA 8 JUN 2010

SOALAN:

TUAN GWO-BURNE LOH [KELANA JAYA] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah pendirian kerajaan terhadap projek frigat “FFG 112” yang dicadang oleh Bousted Naval Shipyard. Apakah kesusahan dan kebaikan menggunakan NGPV untuk dibangunkan sebagai Frigat.

JAWAPAN:

Kerajaan tidak pernah menerima sebarang cadangan projek frigat “FFG 112” dari Bousted Naval Shipyard dan Kementerian juga tidak menyenaraikan projek frigat untuk perolehan dalam RMK-10.

Kapal Peronda Generasi Bagu (NGPV) sedia ada boleh ditingkatkan keupayaan berdasarkan konsep fitted for but not with kapal tersebut. Cabaran yang paling utama peningkatan NGPV adalah kemampuan peruntukan kewangan oleh kerajaan.

Sekiranya berjaya, NGPV akan berkeupayaan menyamai frigat untuk menangani peperangan 3 dimensi iaitu permukaan, udara dan bawah permukaan.



Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: