Jun
09
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

JAWAPAN LISAN DEWAN RAKYAT AHLI PARLIMEN KELANA JAYA, GWO-BURNE LOH PADA 9 JUN 2010

SOALAN:

TUAN GWO-BURNE LOH [KELANA JAYA] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan yang diambil terhadap OCPD ACP Wan Abdul Bahari dan DSP Jude Pereira berdasarkan hasil siasatan SUHAKAM pada 23 April 2010.

JAWAPAN:

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kelana Jaya yang telah mengemukakan soalan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, Laporan SUHAKAM mengenai dua orang pegawai polis seperti yang dimaklumkan oleh Ahli Yang Berhormat itu telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan nasihat. Setakat ini, tiada sebarang tindakan diambil ke atas kedua-dua pegawai polis berkenaan.



Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: