Jul
05
Filed Under (Press Releases) by Administrator on 25-04-2007

KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN KELANA JAYA, GWO-BURNE LOH PADA 5 JULAI 2010

Di dalam aspek pertahanan, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sekarang mempunyai hanya dua kapal frigat kelas Lekiu yang bermampu beroperasi dengan anti-ship, anti-air dan anti-submarine dan kesemuanya beroperasi dalam satu kapal.

Memandangkan Malaysia mempunyai kawasan laut yang luas 614, 000 kilometer persegi, 4490 km panjang persisiran pantai dan menpunyai 561 pulau, dua kapal frigat sememangnya tidak mencukupi untuk mengawasi perairan kita.

Walaupun TLDM mempunyai dua buah Kasturi-class corvette dan empat Laksamana-class corvette, tapi kapal-kapal tersebut tidak setimpal dengan Frigat sebenar. Lagipun, dua Kasturi corvette yang dinyatakan itu telah mencecah umur matang dan tidak mampu berfungsi dengan sepenuhnya. Kasturi corvette kini sedang di dalam projek Ship Life Extension Program dan tidak dapat beroperasi dalam jangka masa berapa tahun ini.

Menurut maklumat yang diperolehi, TLDM sedang membina enam kapal peronda generasi baru (NGPV) dan bercadang membeli Frigat baru. Pada 2006, Kerajaan telah bagi LOI (letter of intent) kepada British BAE System untuk membina dua kapal frigat baru yang dipercayai akan menelan RM 5 billion. Oleh kerana kekangan ekonomi negara, projek ini telah ditunda, dan LOI itu juga sudah luput.

Menurut sumber, syarikat tempatan Boustead Naval Shipyard telah bercadang mereka satu kapal frigat untuk TLDM. Projek ini mengguna NGPV tersebut sebagai dasar, tetapi memanjang dengan ukuran dari 91meter ke 112 meter. Projek ini dipanggil FFG 112 dan dikatakan telah dicadangkan kepada TLDM. Sekiranya cadangan ini diterima, kerajaan memerlukan RM 5 billion yang mana ianya dibelanja di dalam negeri, bukan membeli dari luar.

Oleh itu, saya berharap agar pihak Kementerian Pertahanan lebih berhati-hati dan bertindak tegas dengan sebarang sumber kenyataan yang melibatkan kementerian terutama sekali dalam pembelian perkakas perang.

Soalan yang saya bawa ke pengetahuan Menteri Pertahanan di Dewan Negara pada 8 Jun 2010 adalah seperti berikut:

TUAN GWO-BURNE LOH [KELANA JAYA] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah pendirian kerajaan terhadap projek frigat “ FFG 112” yang dicadang oleh Bousted Naval Shipyard. Apakah kesusahan dan kebaikan menggunakan NGPV untuk dibangunkan sebagai Frigat.

Jawapan yang diterima Menteri Pertahana adalah seperti berikut:

Kerajaan tidak pernah menerima sebarang cadangan projek frigat “ FFG 112” dari Bousted Naval Shipyard dan Kementerian juga tidak menyenaraikan projek frigat untuk perolehan dalam RMK-10.

Kapal Peronda Generasi Bagu (NGPV) sedia ada boleh ditingkatkan keupayaan berdasarkan konsep fitted for but not with kapal tersebut. Cabaran yang paling utama peningkatan NGPV adalah kemampuan peruntukan kewangan oleh kerajaan.

Sekiranya berjaya, NGPV akan berkeupayaan menyamai frigat untuk menangani peperangan 3 dimensi iaitu permukaan, udara dan bawah permukaan.

Pautan yang berkaitan dengan gambar yang gambar ketiga ialah FFG 112 yang dicadang oleh Boustead Naval Shipyard.

http://www.klsreview.com/HTML/ 2009Jul_Dec/20091210_08.html

Dikeluarkan oleh:

Gwo-Burne Loh
Ahli Parlimen Kelana Jaya



Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: