Archive for March, 2011

Mar
31
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

JAWAPAN LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA DI DEWAN RAKYAT PADA 31 MAC 2011


SOALAN:

Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci mengenai:

(a) Pendapatan PNB tidak disalurkan kepada Bumiputera melalui ASN; dan

(b) Mengapa dividen yang diisytiharkan sekarang sangat rendah sedangkan pada tahun 1981 dividen yang diberikan adalah sebanyak 25%.

Read the rest of this entry »



Mar
28
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

JAWAPAN LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA DI DEWAN RAKYAT PADA 28 MAC 2011

SOALAN:

Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci mengenai:

(a) Nilai portfolio PNB dan hasil portfolio, perbelanjaan dan keuntungan PNB bagi tahun kewangan 2007 hingga 2010; dan

(b) Sama ada PNB tertakluk untuk membayar apa-apa cukai dan mengapakah saham PNB tidak dipindah kepada ASN.

Read the rest of this entry »



Mar
24
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

JAWAPAN LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA DI DEWAN RAKYAT PADA 24 MAC 2011

SOALAN:

Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik terperinci punca dan tahap kecederaan anggota polis yang ditembak mati dan dicedera oleh penjenayah dari tahun 2000 sehingga 2010 dalam pecahan punca-punca kematian seperti yang dinyatakan oleh Menteri di Parlimen melalui jawapan Parlimen Ahli Parlimen Kelana Jaya pada 13 November 2010.

JAWAPAN:
Tuan Yang Dipertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kelana Jaya yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, secara keseluruhannya terdapat 163 kes yang melibatkan keceeraan dan kematian anggota polis yang disebabkan oleh penjenayah sejak tahun 2000 sehingga 2010. Daripada jumlah tersebut sebanyak 139 kes melibatkan kecederaan kepada anggota polis yang disebabka oleh penjenayah di mana 29kadalah disebabkan ditembak, 10 kes ditikan dan ditetak, 31 kes diserang dan dipukul dan 69 kes dilanggar.

Selain daripada itu, sebanyak 24 kes melibatkan kematian kepada anggota polis semasa berhadapan dengan penjenayah di mana 2 kes adalah disebabkan ditembak , 5 kes diserang dan dipukul dan 15 kes dilanggar.



Mar
14
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

JAWAPAN LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA DI DEWAN RAKYAT PADA 14 MAC 2011

SOALAN:

Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perangkaan kes rasuah polis pada tahun 2010 sehingga Februari 2011 mengikut kategori, kes gangguan seksual yang dilakukan oleh Polis mengikut jantina dan tindakan yang telah diambil terhadap anggota polis daripada kejadian tersebut.

Read the rest of this entry »



Mar
10
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

JAWAPAN LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA PADA 10 MAC 2011.

TUAN GWO-BURNE LOH [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kaedah gantung diri 10 banduan di dalam penjara sepanjang tempoh 2005 hingga Julai 2010 seperti yang dinyatakan di Parlimen melalui jawapan pada 18 Oktober 2010.

JAWAPAN:
Tuan Yang Dipertua,

Terima kasih diucapkan kepada Ahli Yang Berhormat Kelana Jaya yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, ingin saya jelaskan bahawa statistik 10 banduan seperti yang dinyatakan di dalam jawapan pada 18 Oktober 2010 adalah merujuk kepada jumlah tahanan dalam lokap polis dan bukannya banduan di penjara.

Walau bagaimanapun, berasaskan kepada siasatan yang dijalankan, didapati banduan yang menggantung diri di dalam lokap polis telah menggunakan pakaian yang dibekalkan untuk dijadikan alat bagi menggantung diri. Pakaian tersebut terdiri daripada seluar, manakala peralatan lain terdiri daripada kain selimut, tuala dan sarung tilan yang dibekalkan untuk kegunaan harian mereka. Pakaian tersebut akan dikoyakkan dan diikat pada jerejak sel untuk menggantung diri.

Tuan Yang Dipertua,

Bagi mencegah masalah menggantung diri di kalangan tahanan, pihak polis telah menyediakan prosedur pencegahan, kawalah, rawatan dan pemantauan terhada banduan yang mengalami masalah kemurungan, tekanan dan mental.

Di samping itu, pihak polis dari masa ke semasa mengkaji kesesuaian bahan serta jenis pakaian dan peralatan yang dibekalkan untuk kemudahan tahanan agar ianya tidak disalahgunakan untuk menggantung diri atau apa-apa tindakan lain yang didapati boleh menjejaskan keselamatan diri tahanan berkenaan, tahanan lain serta anggota polis yang bertugas.



Mar
09
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

JAWAPAN LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA DI DEWAN RAKYAT PADA 9 MAC 2011


SOALAN:

Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci mengenai:

(a) Data terkini bagi kos pakej Haji, bilangan pencarum, purata caruman dan jumlah sumbangan pencarum Tabung Haji; dan

(b) Penjelasan mengenai strategi pelaburan yang tidak focus kepada kemudahan dan kelengkapan Jemaah Haji dan seterusnya merugikan Tabung Haji.

JAWAPAN: (YB SENATOR MEJAR JENERAL DATO SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHARIM (B), MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI}

Tuan Yang Dipertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kos pakej haji adalah berbeza mengikut jenis pakej yang mempunyai kemudahan yang berbeza dari segi jenis dan jarak hotel penginapan daripada Masjidil Haram, pengangkutan yang disediakan dan sajian makan minum serta pelbagai perkhidmatan tambahan. Bagi musim haji 1431H (2010), kos pakej haji yang ditawarkan untuk seorang bakal haji adalah di antara RM15,638 hingga RM121,610.

Mengenai bilangan pendeposit TH, sehingga 31 Januari 2011, adalah seramai 5.7 juta, di mana purata simpanan caruman adalah berjumlah RM4,810.22. sehingga tarikh tersebut juga, jumlah dana simpanan pendeposit TH adalah berjumlah RM27.42 bilion.

(b) Tujuan penubuhan TH adalah bagi membantu rakyat Malaysia untuk menyimpan wang secara beransur-ansur bagi tujuan mengerjakan Haji. Selaras dengan perkembangan semasa, Akta TH telah dipinda pada tahun 1995 bagi membolehkan TH mengambil bahagian dalam aktiviti ekonomi di dalam dan luar Negara, aktiviti pelaburan yang dilaksana berpandukan patuh syariah dan melalui proses kelulusan seperti yang termaktub di dalam Akta.

Aktiviti pelaburan yang dilaksanakan telah menyumbang ke arah memperkasakan ekonomi ummah dan pembangunan Negara. Keuntungan daripada pelaburan dipulangkan kepada para pendeposit dalam bentuk bonus pada setiap tahun.

Sekian, terima kasih.