JAWAPAN LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA PADA 4 APRIL 2011
SOALAN:
Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pecahan jumlah anggota polis yang terlibat dalam sindiket negative seperti rasuah, melanggar disiplin, terlibat dalam kongsi gelap, dadah, komersial persendirian, aktiviti agama haram dalam tempoh 2000 hingga 2010.
JAWAPAN:
Tuan yang Dipertua.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kelana Jaya yang mengemukakan pertanyaan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, pihak PDRM sentiasa peka dan tegas dalam menjaga etika dan salahlaku yang dilakukan oleh pegawai dan anggota-anggotanya. Ingin saya tegaskan di sini bahawa setiap pegawai atau anggota yang terlibat dengan kes-kes salahlaku seperti yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat, mereka akan dikenakan tindakan yang setimpal sejajar dengan undang-undang dan peraturan sedia ada.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejak tahun 2000 hingga 2010 hanya 8 peratus sahaja pegawai dan anggota-anggota yang terlinat dalam kes-kes tersebut dari jumlah 106,133 kekuatan pasukan yang ada sehingga 2010.
Di sini saya ingin memberi jaminan bahawa ianya tidak menjejaskan pasukan polis secara keseluruhannya sebagai sebuah agensi keselamatan yang unggul di Negara ini.