Jun
14
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

SOALAN LISAN

1. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN  KEBUDAYAAN menyatakan tindakan yang diambil ke atas TV3 yang didapati menayangkan iklan Hari Raya pada tahun 2010 tanpa permit FINAS.

2. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha kerajaan di dalam membebaskan Chong Chun Yi (27 tahun) yang dijatuhkan hukuman mati di Singapura pada 16 Jun 2008.

3. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan peratusan komposisi bangsa (Melayu, Orang Asli/Orang Asal, Cina, India, dan lain-lain) kemasukan pelajar-pelajar semua aliran di sekolah kerajaan (jenis kebangsaan, jenis kebangsaan cina, jenis kebangsaan tamil, agama) sejak 1969?

4. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sebab peningkatan perbelanjaan mengurus dan pembangunan yang besar dalam bajet 2011 berbanding dengan 2010, dan senaraikan jenis projek dan peruntukan yang akan dilancarkan pada 2011.

5. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan yang diambil terhadap OCPD ASP Wan Abdul Bari dan Superintendan Jude Pereira atas pembohongan mereka melalui testimoni kepada SUHAKAM pada 23 April 2010 atas penahanan lima peguam di Kuala Lumpur pada 7
Mei 2009.

6. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perbezaan bidang kuasa antara polis bantuan dengan polis biasa dan adakah status anggota Ikatan Relawan(RELA) yang menjadi polis bantuan  sama dengan polis bantuan?

7. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan undang-undang yang membenarkan syarikat teksi yang membuka kaunter jualan baucer dan mengenakan tambahan 10 peratus atas tambang penumpang.

8. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah warganegara asing yang telah dijatuhkan hukuman mati di antara tahun 2000 – 2010 dan daripada 583 banduan yang sedang menunggu hukuman mati, berapa ramai merupakan warganegara asing?

9. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan hasil cadangan pembinaan klinik kesihatan kerajaan di Subang Jaya yang dirancang pada 2009.

10. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI NEGERI menyatakan peratus kenaikan bilangan anggota penjawat awam termasuk polis, tentera, bomba dari Mac 2010 hingga Mac 2011.

SOALAN BERTULIS

1.      Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan hasil daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Mahmood Bin Adam, Setiausaha Agung Jabatan Dalam Negeri, pada
Februari 2010, untuk menerbitkan kad pengenalan untuk pelarian yang diluluskan oleh UNHCR. Adakah ini telah dilakukan dan apakah dasar yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan rancangan ini berjalan dengan lancar.

2.      Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kos bagi satu kes hukuman mati dari pendakwaan hingga perlaksanaan hukuman dan apakah perinciannya.

3. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab Malaysia mempunyai dasar yang berbeza bagi pelarian dari Palestin dan Bosnia berbanding dengan pelarian dari negara lain seperti Burma?

4. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan kes kesalahan daripada pengunaaan dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya dari tahun 2000 – 2010 dan apakah bentuk-bentuk hukumannya.

5. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan anggota RELA setakat April 2011 dan berapakah peruntukan kewangan dari Kementerian Dalam Negeri bagi RELA dari tahun 2006 – 2010?

USUL
1. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kerajaan Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menguatkuasa Resolusi 62/149 Bangsa Bangsa Bersatu mengenai Moratorium
terhadap Hukuman Mati yang telah dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu pada 18 December 2007 dimana negara negara yang masih mengamal hukuman mati diminta untuk menghentikan pengunaan hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman-hukuman yang membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium terhadap kesemua hukuman hukuman mati dengan hasrat untuk  menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil
ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Luar untuk membantu mematuhi Moratorium tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan Morotarium tersebut.

(Menteri Luar)

2. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja Siasatan Kes Kematian Tujuh Warga Pekerja Asing pada hujung Mei 2009 akibat kerja perobohan Jaya Supermarket, Petaling Jaya. Daripada siasatan yang
dijalankan, kerja perobohan tersebut tidak mendapat kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).”

(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

3. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mendesak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) menjalankan siatan ke atas kematian Adik Aminulrasyid yang ditembak mati oleh anggota polis. Dewan juga mendesak mengenai perlantikan panel khas di dalam siasatan kes ini. Polis didakwa menyalahgunakan senjata api sehingga menyebabkan Aminulrasyid terbunuh oleh polis. Daripada siasatan dan perbicaraan yang dijalankan, banyak pihak tidak berpuas hati dengan perjalanannya dan diharap agar suruhanjaya ini mampu untuk menjawab pelbagai spekulasi.”

(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)



Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: