Aug
31
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

JAWAPAN PERTANYAAN LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA, GWO-BURNE LOH PADA 13 JUN 2011

SOALAN:

Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perbezaan bidang kuasa antara polis bantuan dengan polis biasa dan adakah status anggota Ikatan Relawan (RELA) yang menjadi polis bantuan sama dengan polis bantuan.


JAWAPAN:

Tuan Yang Di Pertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, perbezaan di antara polis bantuan dan polis biasa ialah polis bantuan hanya mempunyai kuasa semasa menjalankan tugas rasmi di kawasan majikan yang telah ditetapkan manakala polis biasa tetap tugasnya. Bagi anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang menjadi polis bantuan pula, mereka mempunyai kuasa seperti mana polis bantuan.



Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: