PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN GWO-BURNE LOH [KELANA JAYA]
TARIKH : 1 NOVEMBER 2011
SOALAN :
TUAN GWO-BURNE LOH minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan susulan terhadap dakwaan beberapa bekas tentera mengenai arahan yang mereka terima untuk membuang undi bagi pihak anggota-anggota tentera.
JAWAPAN : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang Di Pertua.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SPR tidak pernah menerima aduan rasmi atau petisyen berhubung dengan dakwaan tersebut walaupun SPR sering meminta pihak yang membuat dakwaan tersebut tampil mengemukakan bukti kepada SPR untuk tindakan susulan.
Sekiranya Ahli Yang Berhormat mempunyai maklumat dan bukti berhubung dengan perkara tersebut diharapkan agar dapat mengemukakannya kepada SPR secepat mungkin.
Ahli Yang Berhormat juga boleh mengemukakan pandangan dan cadangan penambahaikan proses pilihan raya yang sedia ada kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya untuk dikaji sebelum dikemukakan kepada SPR untuk dilaksanakan mengikut masa dan keadaan serta kemampuan.
Sekian, terima kasih.