PEMBERITAHUAN PERNYATAAN BAGI JAWAP LISAN DEWAN RAKYAT
PERNYATAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN GWO-BURNE LOH [KELANA JAYA]
TARIKH : 15 NOVEMBER 2011
RUJUKAN : 4183
SOALAN:
Tuan Gwo-Burne Loh [kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes kematian anggota polis ketika mengiringi orang kenamaan sejak 2000 sehingga 2010.
JAWAPAN :
Tuan Yang Dipertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kelana Jaya yang mengemukakan pernyataan.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, berdasarkan statistik PDRM, sebanyak sembilan (9) orang anggota polis telah terkorban semasa mengiringi orang kenamaan sejak tahun 2000 hingga 2010. Daripada jumlah tersebut, dua (2) kematian dicatatkan pada tahun 2000, tiga (3) kematian pada tahun 2001, satu (1) kematian pada tahun 2004, dua (2) kematian pada tahun 2007 dan satu (1) kematian pada tahun 2010.