PEMBERITAHUAN PERNYATAAN DEWAN RAKYAT
PERNYATAN : LISAN
DARIPADA : TUAN GWO-BURNE LOH [KELANA JAYA – PKR]
TARIKH : 21 NOVEMBER 2011 (ISNIN)
SOALAN NO. 16
Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya –PKR] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha bagi memastikan belia sentiasa kompetitif daripada segi ekonomi dan mentaliti.
JAWAPAN
Kementerian telah mengambil langkah dengan merangka dan memperkenalkan program-program baru yang sesuai dengan perubahan/tren belia masa kini. Umpamanya Makmal Transformasi Pembangunan Belia yang dilaksanakan pada 1 November hingga 10 Disember 2010 telah menghasilkan enam (6) inisiatif bagi tujuan pembagunan belia negara. Selain itu, bagi tahun 2011 Kementerian menerusi Akademi Pembagunan Belia Malaysia (APBM) telah menawarkan 47 program keusahawanan asas dan lanjutan peringkat sijil kepada 2,040 belia secara percuma setiap tahun. Para belia juga digalakkan untuk bergiat aktif di dalam aktiviti-aktiviti berpersatuan kerana ia terluang digunakan dengan berkualiti. Kementerian juga sentiasa menyediakan ruang dan peluang kepada para belia untuk menyertai program-program kesukarelawanan sama ada yang dianjurkan oleh pihak Kementerian seperti program i-Volunteer, mahu pun oleh NGOs berdaftar.