Archive for February, 2012

Feb
26
Filed Under (General) by Administrator on 25-04-2007

‘The Kelana Tea Party’ oleh Gwo-Burne Loh
BINCANG: ISU SEMASA, POLITIK & PERUBAHAN

Tarikh : 29 Februari 2012
Masa: 8:00 - 12:00mlm
Tempat : Dewan SS5A/15
Taman Kelana Jaya
(berhampiran Kastam)

Penceramah:
Y.B. Ronnie Liu
Y.B. Gwo-Burne Loh
Y.B. Manikasavagam
Sdr. Harris Ibrahim
Sdr. Ahmad Bongsu
Sdr. Hj Izham
Sdr. Kesminder Singh



Feb
21
Filed Under (Press Releases) by Administrator on 25-04-2007

Dear Friends from the Press,

On Aug 22, 2012 (Wednesday) you are invited to join Y.B. Gwo-Burne Loh, Member of Parliament Kelana Jaya & Jabatan Kerja Raya will turun padang with Persatuan Kemajuan Taman Glenmarie to attend to issues pertaining to long standing complains on the monsoon drain next to the Taman and pedestrian crossing on Jalan Montfort. Hope to see you.

Venue:      No7A, Jalan U1/80, Taman Glenamarie,
Shah Alam, Selangor
Date:        22nd February (Wednesday), 2012
Time:        9:30am

For inquiries please contact :     Sumathi 012-622 3621 or Gordon 013-388 0066

Regards,
Gwo-Burne Loh
Member of Parliament Kelana Jaya



Feb
18
Filed Under (Media) by Administrator on 25-04-2007
Arson Attack at Desa Mentari

Arson Attack at Desa Mentari



Feb
17
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

SOALAN LISAN

1. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan hasil siasatan pihak polis melalui laporan polis RPT 12581/99 pada 19 Ogos 1999 yang dibuat oleh Mohamad Ezam bin Mohd Nor berhubung aduan terhadap Peguam Negara dab Menteri Kabinet.

2. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil siasatan pihak polis melalui laporan polis SG WAY/002008/08 pada 25 Februari 2008 berkenaan dengan pengundi hantu.

3. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan hasil siasatan pihak polis melalui laporan polis  DENGKIL/001427/11 pada 15 Mei 2011 berhubung dengan kematian Mohamad Johari bin Abu Bakar  yang meragukan pihak keluarga.

4. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan yang telah diambil atas kenyataan   Datuk Mahmood Bin Adam, Setiausaha Agung Jabatan Dalam Negeri, mengumumkan  untuk menerbitkan kad pengenalan untuk pelarian yang diluluskan  oleh UNHCR pada Februari 2010 yang lalu.

5. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tarikh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) akan bermula berfungsi dan menerima aduan dari orang ramai terhadap kesalahan agensi penguatkuasaan dan bagaimanakah proses membuat aduan.

6. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk memelihara hak-hak pekerja asing memandangkan mereka merupakan aset penting bagi mencapai wawasan 2020.

7. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan rakyat Malaysia yang bertukar agama dari agama selain Islam atau tiada agama kepada Islam untuk tahun 2006-2011.

8. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan jumlah mereka yang tidak mempunyai rumah dan tidur di kaki lima dari tahun 2006-2011. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengelakkan perkara ini terus berlaku.

9. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sekiranya PDRM dan SPRM ada memohon ISO9001 bagi meningkatkan tahap perkhidmatan mereka.

10. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan anggota PDRM luar bandar yang ditugaskan di Kuala Lumpur / Selangor semenjak Ops Payung dilancarkan dan dimanakah mereka ditempatkan dan kos yang terperinci sepanjang Ops Payung.

SOALAN BERTULIS

1. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah peruntukan disediakan oleh pihak kerajaan kepada pelarian yang mendapat perlindungan di Negara ini dari segi makanan, tempat perlindungan dan ubat-ubatan? Berapakah nisbah mereka yang diperolehi berdasarkan perkara-perkara tersebut.

2. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan kes “mati secara sukarela” yakni banduan yang tidak menghabiskan rayuannya dan memilih untuk membiarkan hukuman dilaksanakan) di antara tahun 2000 – 2010.

3. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memupuk belia yang kental dan berupaya melawan desakan seks daripada seorang berusia lebih 60 tahun yang didakwanya meliwat.

4. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan antara 125 langkah-langkah yang telah diambil dalam Penambahbaikan Sistem Operasi dan Pengurusan PDRM  dari segi proses pelaksanaannya, perkara yang tidak dilaksanakan dan masih dalam peringkat kajian.

5. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan statistik rumah yan dilelong oleh bank dari 2006-2011 termasuk jenis rumah yang dilelong tersebut.

USUL

1. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kerajaan Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menguatkuasa Resolusi 62/149 Bangsa Bangsa Bersatu mengenai Moratorium terhadap Hukuman Mati yang telah dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu pada 18 December 2007 dimana negara negara yang masih mengamal hukuman mati diminta untuk menghentikan pengunaan hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman-hukuman yang membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium terhadap kesemua hukuman hukuman mati dengan hasrat untuk  menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Luar untuk membantu mematuhi Moratorium tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan Morotarium tersebut.

(Menteri Luar)

2. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja Siasatan Kes Kematian Tujuh Warga Pekerja Asing pada hujung Mei 2009 akibat kerja perobohan Jaya Supermarket, Petaling Jaya. Daripada siasatan yang dijalankan, kerja perobohan tersebut tidak mendapat kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).”

(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

3. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mendesak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) menjalankan siatan ke atas kematian Adik Aminulrasyid yang ditembak mati oleh anggota polis. Dewan juga mendesak mengenai perlantikan panel khas di dalam siasatan kes ini. Polis didakwa menyalahgunakan senjata api sehingga menyebabkan Aminulrasyid terbunuh oleh polis. Daripada siasatan dan perbicaraan yang dijalankan, banyak pihak tidak berpuas hati dengan perjalanannya dan diharap agar suruhanjaya ini mampu untuk menjawab pelbagai spekulasi.”

(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)



Feb
06
Filed Under (General) by Administrator on 25-04-2007

Saudara/saudari sekalian,

YB Gwo-Burne Loh sedang mengumpul soalan-soalan Parlimen bagi sessi Dewan Rakyat akan datang.

Justeru itu kami memohon kerjasama bagi pihak anda semua untuk menyumbang seberapa banyak soalan untuk dibawa ke parlimen. Sekira soalan anda dipilih, soalan itu akan dijawab oleh Menteri/Timbalan Menteri di Dewan Rakyat pada sesi soal-jawab. Di sini juga saya lampirkan contoh soalan pada sesi yang lepas.

Soalan 1

YB Loh Gwo-Burne [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan :-

(a) status pengeluaran dan permintaan getah dan kelapa sawit pada tahap ini dan dalam jangka sederhana dan panjang; dan

(b) apakah insentif dan galakan yang diberikan untuk peningkatan pengeluaran kedua hasil ini dan pelaburan
dalam pengeluaran barangan tambahan nilai yang memberi banyak manfaat kepada sosio-ekonomi negara.

atau

Soalan 2

YB Loh Gwo-Burne [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dan akan dilakukan oleh Kementerian untuk menjana tenaga penerima bantuan Kerajaan yang mempunyai minat dan potensi untuk meningkatkan ekonomi mereka.

Sila hantar kepada saya menerusi email bhg_kjaya@yahoo.com selewat-lewatnya pada 15 Februari 2012 (Rabu). Segala kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih.



Feb
05
Filed Under (General) by Administrator on 25-04-2007

FreedomFilmFest(FFF) akan sekali lagi melancarkan kempen untuk menggalakkan dan mengetengahkan pembikinan filem hak asasi manusia.

FFF2012 merupakan kali ke 9 festival ini dianjurkan dan tahun ini FFF akan membawa tema “DEMOKRASI: SIAPA BOSS?”.

Sejak pilihanraya 2008, rakyat kelihatan semakin sedar tentang kuasa mereka sebagai pengundi dalam sebuah negara yang demokrasi. Tetapi sejauh manakah suara rakyat betul-betul didengari dan dipertimbangkan dalam perlaksanaan tugas wakil rakyat dan kerajaan yang dipilih untuk mewakili kepentingan mereka? Persoalan ini amat relevan melihatkan musim pilihanraya yang semakin dekat.

Pembikin filem sama ada professional ataupun amatur dialu-alukan untuk menghantar kertas cadangan filem mereka berdasarkan tema tersebut. Tiga kertas cadangan terbaik akan diberi RM6000 untuk memproduksi sebuah filem berdasarkan kertas cadangan mereka.

Sempena dengan pelancaran ini, kami juga akan mengadakan satu panel jemputan untuk mengulas mengenai tema kami. Antara speaker yang akan bercakap adalah YB Rodziah Ismail(Exco Ker. Negeri Selangor), Adam Adli(Solidarity Mahasiswa Msia), Yusri Ahon(Jaringan Kampung Orang Asli Semenannjung Msia) dan M. Arumugam(Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan)

Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda untuk meraikan upacara perlancaran FFF2012.

Tarikh: Isnin, 6hb Februari

Masa: 7pm – 10.30pm

Tempat: Station One Cafe, Jaya One, No. 72A Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya.

Aturcara

7pm Pendaftaran

7.15pm Kata aluan dari wakil KOMAS

7.30pm Jamuan makan malam

8.15pm Ucapan dari Duta European Union

8.20pm Presentasi tema FFF2012, “DEMOKRASI: SIAPA BOSS?”

Ulasan tema FFF2012 oleh panel jemputan

Soal jawab

9.45pm Pelancaran dan peluang fotografi

10pm Sidang media dan soal jawab tentang pertandingan filem FFF2012

10.30pm Bersurai

Sila RSVP kepada En. Roger Liew (03-79685415/012-2782373) atau emel freedomfilmfest@komas.org.

Sekian. Terima Kasih.

Recommended links:
komas.org
freedomfilmfest.komas.org



Feb
02
Filed Under (Press Releases) by Administrator on 25-04-2007

Member of Parliament Kelana Jaya, Y.B. Gwo-Burne Loh had a press conference last 2 February, 2012 explaining to the press the burning incident that was occurred last 28 January 2012, 4am at Shaz Bistro Blok 6, Desa Mentari, PJS 6/5C, Petaling Jaya, Selangor.

The incident has caused a burning of 26 motorcycles and a taxi. During the press conference, the MP has donated some money to the victims  to reduce the burdens.