SOALAN LISAN
1. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan hasil siasatan pihak polis melalui laporan polis RPT 12581/99 pada 19 Ogos 1999 yang dibuat oleh Mohamad Ezam bin Mohd Nor berhubung aduan terhadap Peguam Negara dab Menteri Kabinet.
2. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil siasatan pihak polis melalui laporan polis SG WAY/002008/08 pada 25 Februari 2008 berkenaan dengan pengundi hantu.
3. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan hasil siasatan pihak polis melalui laporan polis DENGKIL/001427/11 pada 15 Mei 2011 berhubung dengan kematian Mohamad Johari bin Abu Bakar yang meragukan pihak keluarga.
4. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan yang telah diambil atas kenyataan Datuk Mahmood Bin Adam, Setiausaha Agung Jabatan Dalam Negeri, mengumumkan untuk menerbitkan kad pengenalan untuk pelarian yang diluluskan oleh UNHCR pada Februari 2010 yang lalu.
5. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tarikh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) akan bermula berfungsi dan menerima aduan dari orang ramai terhadap kesalahan agensi penguatkuasaan dan bagaimanakah proses membuat aduan.
6. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk memelihara hak-hak pekerja asing memandangkan mereka merupakan aset penting bagi mencapai wawasan 2020.
7. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan rakyat Malaysia yang bertukar agama dari agama selain Islam atau tiada agama kepada Islam untuk tahun 2006-2011.
8. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan jumlah mereka yang tidak mempunyai rumah dan tidur di kaki lima dari tahun 2006-2011. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengelakkan perkara ini terus berlaku.
9. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sekiranya PDRM dan SPRM ada memohon ISO9001 bagi meningkatkan tahap perkhidmatan mereka.
10. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan anggota PDRM luar bandar yang ditugaskan di Kuala Lumpur / Selangor semenjak Ops Payung dilancarkan dan dimanakah mereka ditempatkan dan kos yang terperinci sepanjang Ops Payung.
SOALAN BERTULIS
1. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah peruntukan disediakan oleh pihak kerajaan kepada pelarian yang mendapat perlindungan di Negara ini dari segi makanan, tempat perlindungan dan ubat-ubatan? Berapakah nisbah mereka yang diperolehi berdasarkan perkara-perkara tersebut.
2. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan kes “mati secara sukarela” yakni banduan yang tidak menghabiskan rayuannya dan memilih untuk membiarkan hukuman dilaksanakan) di antara tahun 2000 – 2010.
3. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memupuk belia yang kental dan berupaya melawan desakan seks daripada seorang berusia lebih 60 tahun yang didakwanya meliwat.
4. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan antara 125 langkah-langkah yang telah diambil dalam Penambahbaikan Sistem Operasi dan Pengurusan PDRM dari segi proses pelaksanaannya, perkara yang tidak dilaksanakan dan masih dalam peringkat kajian.
5. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan statistik rumah yan dilelong oleh bank dari 2006-2011 termasuk jenis rumah yang dilelong tersebut.
USUL
1. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kerajaan Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menguatkuasa Resolusi 62/149 Bangsa Bangsa Bersatu mengenai Moratorium terhadap Hukuman Mati yang telah dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu pada 18 December 2007 dimana negara negara yang masih mengamal hukuman mati diminta untuk menghentikan pengunaan hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman-hukuman yang membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium terhadap kesemua hukuman hukuman mati dengan hasrat untuk menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Luar untuk membantu mematuhi Moratorium tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan Morotarium tersebut.
(Menteri Luar)
2. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja Siasatan Kes Kematian Tujuh Warga Pekerja Asing pada hujung Mei 2009 akibat kerja perobohan Jaya Supermarket, Petaling Jaya. Daripada siasatan yang dijalankan, kerja perobohan tersebut tidak mendapat kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).”
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
3. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mendesak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) menjalankan siatan ke atas kematian Adik Aminulrasyid yang ditembak mati oleh anggota polis. Dewan juga mendesak mengenai perlantikan panel khas di dalam siasatan kes ini. Polis didakwa menyalahgunakan senjata api sehingga menyebabkan Aminulrasyid terbunuh oleh polis. Daripada siasatan dan perbicaraan yang dijalankan, banyak pihak tidak berpuas hati dengan perjalanannya dan diharap agar suruhanjaya ini mampu untuk menjawab pelbagai spekulasi.”
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)