SOALAN LISAN
1. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan alasan mengarahkan pengawal ASWARA mengunci Panggung Eksperimen tanpa notis pada 5 Februari 2010 ketika Pementasan Teater TANDA sedang berlangsung sungguhpun kebenaran sudahpun diberi.
2. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan alasan filem Karaoke tidak mendapat hak tayangan wajib 14 hari seperti filem-filem tempatan yang lain.
3. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah bentuk demokrasi yang kita miliki apabila kita tidak membenarkan rakyat memilih wakil di peringkat kerajaan tempatan.
4. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI LUAR menyatakan pendirian Kerajaan mengenai krisis yang berlaku di Iran.
5. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan hak beliau untuk mengarahkan kain rentang ucapan Thaipusam oleh Kerajaan Negeri Selangor diturunkan pada 29 Januari 2009.
6. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan sebab gondola Eye On Malaysia yang diletakkan di Melaka sebagai tarikan pelancong disita.
7. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan di mana pegawai polis yang bertugas berada ketika mangsa P.Babu dikatakan membunuh diri dengan menggunakan baju lokap yang dipakai oleh mangsa pada 1 Februari 2009.
8. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan undang-undang yang sedang dirangka oleh Jawatankuasa Induk Reformasi Undang-undang Malaysia.
9. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tarikh susulan mengenai Penilaian Penggalan Sejagat (the Universal Periodic Review) di bawah PBB yang mana penilaian peringkat pertama diadakan pada 11 Februari 2009 yang lalu.
10. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada buku “Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism” yang dirampas sudah dipulangkan kepada penerbit.
SOALAN BERTULIS
1. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT melampirkan Kajian “A Preliminary Study On Non-Custodial Fathers Contact With Their Children After Divorce In Malaysia” (Prof Madya Dr. Zaleha kamarudin, UKM 2005) atas kegagalan kementerian melayan permohonan Unit Penyelidikan Parlimen pada Julai 2008 sehingga sekarang.
2. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan senarai data anak luar nikah termasuk bangsa, negeri dan jumlah bagi 2007 dan 2008.
3. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kesemua nama, usia dan bangsa kesemua 13 mangsa yang mati ketika dalam lokap dan jagaan polis sepanjang tahun 2008.
4. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perincian penggunaan tambahan peruntukan RM1 bilion kepada penguatkuasaan polis yang hanya menelah pengurangan kadar jenayah sebanyak 5 peratus.
5. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
a) jumlah kes yang telah SPRM membawa pendakwaan bagi tahun 2005, 2006, 2007, 2008, 2009.
b) jumlah kes yang telah SPRM sabitkan kesalahan bagi tahun 2005, 2006, 2007, 2008, 2009.
c) jumlah wang yang telah digunakan dalam pendakwaan bagi 2005, 2006, 2007, 2008, 2009.
USUL
1. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kerajaan Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menguatkuasa Resolusi 62/149 Bangsa Bangsa Bersatu mengenai Moratorium terhadap Hukuman Mati yang telah dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu pada 18 December 2007 dimana negara negara yang masih mengamal hukuman mati diminta untuk menghentikan pengunaan hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman-hukuman yang membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium terhadap kesemua hukuman hukuman mati dengan hasrat untuk menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Luar untuk membantu mematuhi Moratorium tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan Morotarium tersebut.
(Menteri Luar)
2. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja Siasatan Kes Pembunuhan Altantuya Sharibuu yang mati dibunuh beberapa tahun lalu. Daripada siasatan dan perbicaraan yang dijalankan, banyak pihak tidak berpuas hati dengan perjalanannya dan diharap agar suruhanjaya ini mampu untuk menjawab pelbagai spekulasi.”
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
Ucapan YB Gwo-Burne Loh, Ahli Parlimen Kelana Jaya pada 10 Disember 2009 di Dewan Rakyat.
Tuan Yang Dipertua,
Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya berucap. Saya ingin menyentuh dan membahaskan Butiran 060800, 060200 dan Butiran 25000 , Butiran 31000.
Tuan Yang Dipertua,
Maklumat dan media menjadi tulang belakang kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Kementerian ini penting dalam mengawal berita-berita yang menular di seluruh Negara lebih-lebih lagi dengan kemudahan internet di abad ini.
Namun, dengan mengawal keadaan tersebut, di dalam Negara demokrasi berparlimen ini, kita sepatutnya mempunyai sebuah rang undang-undang yang memberi kebebasan di dalam mendapat maklumat.
Semua dari kita; tidak kira penduduk, anggota cabinet, ahli parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri, kakitangan awam, pertubuhan bukan kerajaan memerlukan maklumat yang sahih dalam membuat keputusan mereka.
Justeru, kita semua memerlukan sebuah kerajaan yang terbuka dan membenarkan pendedahan maksima yakni akses kepada maklumat am sebagai satu hak, bukan keistimewaan.
Badan yang memberi maklumat mestilah sebuah badan yang mandiri, dan berkecuali. Bagi memastikan maklumat itu boleh dipercayai, penerbitannya mestilah dibenarkan secara berkala. Ianya seperti “kita mahu tahu bila kita mahu tahu, bukan hanya bila kerajaan mahu memberitahu”.
Dalam keadaan biasa, kebebasan tersebut mestilah berada di dalam kos yang rendah dan proses mudah.
Tuan Yang Dipertua,
Negara pertama yang mempunyai undang-undang kebebasan maklumat atau FOI sebegini ialah Sweden, iaitu sejak 1786. Ia adalah sebahagian daripada undang-undang media yang membolehkan semua orang mendapat maklumat daripada badan am. Ia adalah antara model yang berjaya di mana rakyat mempunyai rasa percaya terhadap kerajaan kerana melihat kerajaan sebagai telus dan bertanggungjawab.
Setakat ini, 80 buah negara mempunyai undang-undang FOI, yang terbaru di rantau ini ialah Indonesia dan Bangladesh.
Terdapat pelbagai model implementasi yang berbeza, dan antara contoh negara yang mempunyai rekod yang baik ialah Mexico dan India.
Tuan Yang Dipertua,
Izinkan saya menyatakan manfaat yang kita akan perolehi sekiranya kita mempunyai sebuan undang-undang seperti FOI ini.
Pertamanya, sebagai sebuah kerajaan yang mengutamakan rakyat, mereka dapat menikmati hak asasi mereka. Kedua, kerajaan akan diperlihatkan sebagai memastikan pentadbiran yang terbuka, telus dan efisyen. Ia juga dapat meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap pentadbiran kerajaan
Dalam sebuah Negara yang dalam proses memperbaiki daki rasuah, undang-undang ini dapat mengurangkan peluang untuk rasuah dan salah guna kuasa. Proses membuat keputusan juga suatu yang lebih adil dan saksama.
Di dalam isu jalur lebar, saya amat khuatir dengan pencapaian jalur lebar di Malaysia berbanding dengan Negara-negara lain. Kita juga berada jauh ke belakang sekiranya berbanding dengan Negara-negara jiran. Universiti Oxford yang menjalankan kajian mendapati Malaysia berada di tangga 48 daripada 66 negara Kualiti Jalur Lebar Internet.
Negara-negara seperti Japan, Hong Kong, South Korea, Sweden, Singapura dan Finland sudah pun mempunyai perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan 100 Mbps tetapi kita masih berada di tahap curut. Bahkan, Singapura sedang dalam proses untuk mempertingkatkan perkhidmatan mereka kepada 1GBps.
Banyak lesen telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi menggalakkan penggunaan jalur lebar di Negara ini. Tetapi, adakah kita maklum bahawa mereka ini mengalami banyak kekangan? Di antaranya ialah spektrum 2.5-gigahertz telah dibekukan oleh Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi?
Penduduk di kawasan bandar termasuk Subang Jaya dijanjikan dengan kelajuan jalur lebar 10Mbps pada 2012. Namun, projek Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) hanya melibatkan Telekom Malaysia sebagai pengeluar tunggal.
Izinkan saya membaca keratan akhbar dari NST bertarikh 11 Mei 2009 yang menyebut bahawa Victor Siow, penganalisa dari Frost & Sullivan mengatakan; ”Siow highlights that most operators rely on TM’s core network to offer their services and it has been reported that TM’s wholesale pricing is more costly than retail pricing.”
Adakah YB Menteri sedar bahawa kita sekarang membayar kemudahan jalur lebar pada harga yang mahal yang tidak setimpal? Bagi bandwidth (dengan izin) 100 megabit se saat, Singapura hanya membayar US$85 (RM286.56). Di Malaysia, kita membayar US$76 untuk bandwidth 3 mbps.
Perdana Menteri mengakui bahawa setiap pertambahan 10 peratus penetrasi jalur lebar, kita akan mengalami pertumbuhan sebanyak 1.3 peratus.
Saya juga ingin meminta penjelasan dari YB Menteri sama ada pengumuman Perdana Menteri mengenai matlamat pertambahan 6% KDNK (atau GDP) pada tahun 2020 berasaskan daripada penetrasi 50% pengguna jalur lebar.
Mungkin kita sukar untuk mencapai penetrasi internet 95% kerana masih banyak kawasan terutama di Malaysia Timur masih tidak mempunyai kemudahan elektrik. Saya rasa mungkin rakyat sukar untuk memperolehi internet sekiranya kemudahan elektrik tidak stabil.
Kita mempunyai matlamat untuk mencapai 80 peratus populasi jalur lebar. Bagaimanakah matlamat ini dapat dicapai sekiranya kekangan yang diberikan kerajaan dan kuasa monopoli kepada Telekom? Ia juga akan tidak menggalakkan potensi-potensi pelabur untuk mengambil bahagian dan melabur dalam industri ini.
Apakah usaha kerajaan dalam meningkatkan prestasi ini memandangkan jalur lebar menjadi perkara asas dalam akses kita kepada internet.
Sekian, terima kasih.
SOALAN LISAN
1. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan usaha dan polisi kerajaan dalam mengatasi masalah penyinaran serta komitmen kerajaan semasa UN Climate Change Conference pada 7-18 Disember ini.
2. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta KEMENTERIAN PELANCONGAN menyatakan ramalan keuntungan melalui pasukan F1 yang baru dan peningkatan hasil pelancongan berbanding dengan 2008 dan 2009 serta bagaimanakah prestasi dari pasukan F1 Malaysia akan mempengaruhi hasil pelancongan tersebut.
3. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta KEMENTERIAN KEWANGAN menyatakan kos operasi F1 setiap tahun serta nisbah yang dikeluarkan oleh GLC dan kerajaan termasuk pelaburan langsung dan penajaan yang diterima.
4. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan rasional alasan menyerahkan toll konsessi PLUS kepada Syarikat Asas Serba pada nilai harga RM50 billion.
5. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada benar kesemua 138 kes yang dilaporkan kepada polis mengenai penipuan GMC Utama Sdn Bhd yang mengoperasi “Mat Kiosk” dan “Airku” ditutup oleh Jabatan Peguam Negara, sekiranya benar berikan sebab-sebabnya.
6. Tuan Gwo-Burne Loh [kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa selepas kes Sharmila Turaisingam pada 12 januari 2008 dan pengakuan bersumpahnya yang bercanggah dengan penerangan SPR melalui Jawapan Lisan Parlimen pada 16 Oktober 2008 dan dibawa ke SPRM, ianya masih belum ada sebarang perkembangan.
7. Tuan Gwo-Burne Loh [kelana Jaya] minta MENTERI LUAR menyatakan status pelaksanaan cadangan daripada proses penilaian Universal Periodic Review (UPR) di UN Human Rights Council pada Februari 2009, berkaitan dengan komitmen Malaysia untuk menerima lawatan rasmi daripada UN Working Group on Arbitrary Detention; dan cadangan berkenaan dengan ratifikasi undang-undang hak asasi manusia antarabangsa yang utama, termasuk ICCPR, ICESCR, CAT dan CERD.
8. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status TIGA tahanan ini yang dipercayai ditahan pada 25 Jun 2009 di bawah ISA IAITU Sulaiman Bin Bukhari, Latif Bin Omar dan Samsudin dan apakah status terkini dua tahanan iaitu Mohd Farik Bin Amin dan Mohammed Nazir Bin Lep yang ditahan di Kem Guantanamo.
9. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status pelaksanaan penubuhan Mahkamah Koroner yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Untuk Mengkaji Rang Undang-undang Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah bagi memastikan penyiasatan kes kematian dalam tahanan dijalankan dengan adil dan profesional.
10. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan keseluruhan nama, umur dan jumlah pampasan yang diterima akibat daripada peristiwa berdarah Kg Medan pada tahun 2001 seperti yang dijanjikan.
SOALAN BERTULIS
1. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:
a. Bilangan yang ditahan di bawah Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance (EO) 1969 sejak tahun 2000 hingga 2009.
b. Bilangan juvana (di bawah 18 tahun) yang ditahan dibawah EO dari tahun 2000 hingga 2009.
c. Bilangan tahanan EO yang dibebaskan pada 2009 dan berapa ramai dikenakan Akta Kediaman Terhad (RRA)?
2. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilangan syarikat pemaju yang masih belum menghantar kenyataan akaun mereka, memanggil sebarang Mesyuarat Agung dan menubuhkan JMB serta berapa banyak pemaju yang telah melanggar undang-undang sejak Akta the Building and Common Property (Maintenance and Management) Act, 2007 dikuatkuasakan. Sekiranya ada, berapa ramai syarikat pemajukah yang sudah dikenakan tindakan.
3. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah terkini polis trafik serta peratusannya yang ditugaskan khas bagi mengekori menteri kabinet serta orang kenamaan di seluruh Negara.
4. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:
a. Bilangan yang ditahan di bawah Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act (DDA) 1985 sejak tahun 2000 hingga 2009?
b. Bilangan juvana (di bawah 18 tahun) yang ditahan dibawah DDA sejak tahun 2000 hingga 2009?
c. Bilangan tahanan DDA yang dibebaskan pada 2009 dan berapa ramai dikenakan Akta Kediaman Terhad (RRA)?
5. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:
a. Jumlah bilangan yang kini ditahan di Simpang Renggam (mengikut kumpulan etnik).
b. Bilangan yang kini ditahan di bawah EO dan DDA masing-masing di Simpang Renggam.
c. Bilangan juvana (di bawah 18 tahun) yang kini ditahan di Simpang Renggam.
USUL
1.Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kerajaan Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menguatkuasa Resolusi 62/149 Bangsa Bangsa Bersatu mengenai Moratorium terhadap Hukuman Mati yang telah dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu pada 18 December 2007 dimana negara negara yang masih mengamal hukuman mati diminta untuk menghentikan pengunaan hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman
hukuman yang membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium terhadap kesemua hukuman hukuman mati dengan hasrat untuk menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Luar untuk membantu mematuhi Moratorium tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan Morotarium tersebut.
(Menteri Luar)
2. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja Siasatan Kes Pembunuhan Altantuya Sharibuu yang mati dibunuh beberapa tahun lalu. Daripada siasatan dan perbicaraan yang dijalankan, banyak pihak tidak berpuas hati dengan perjalanannya dan diharap agar suruhanjaya ini mampu untuk menjawab pelbagai spekulasi.”
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
3. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengkaji semula undang-undang yang berhubung dengan pengangkutan jalan raya dan menumpukan kepada penguatkuasaaan undang-undang jalan raya berbanding dengan anggota polis trafik memandangkan terlalu banyak kesalahan undang-undang dilakukan disebabkan kekurangan penguatkuasaan.”
(Menteri di Jabatan Pengangkutan)
Jawapan Lisan Parlimen Kelana Jaya pada 26 Oktober 2009
Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada kesemua 138 kes yang dilaporkan kepada polis mengenai penipuan GMC Uama Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan “Mat Kiosk” dan “Airku” ditutup oleh Jabatan Peguam Negara, sekiranya benar berikan sebab-sebabnya.
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kelana Jaya yang mengemukakan pertanyaan.
Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini, bagi tempoh sehingga bulan September2009, pihak polis telah menerima sebanyak 53 laporan polis berhubung perniagaan Mat Kiosk dan Airku. Siasatan adalah dibuat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan penipuan. Berikut merupakan pecahan laporan polis mengikut negeri:-
Selangor – 42 kes
Kuala Lumpur – 4 kes
Johor – 3 kes
Sabah – 3 kes
Pulau Pinang – 1 kes
Tuan Yang Dipertua,
Kesemua kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis. Oleh yang demikian, dakwaan yang menyatakan bahawa kes-kes tersebut telah ditutup oleh peguam negara adalah tidak benar.
Dear members of the civil societies
I am in the middle of collecting questions for the next Parliament session for MP Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh.
I am sure all members of the civil society have their own interest in highlighting issues to the parliament.
Some of the questions that I have gathered and posted in the last Parliament questions are already at Gwo Burne’s blog.
If you want Gwo-Burne to highlight your issue, please do it by sending to me at bhg_kjaya@yahoo.com before on or 25 October 2009.
Read the rest of this entry »
Media Conference Statement (2) by DAP Parliamentary Opposition Leader and MP for Ipoh Timor Lim Kit Siang in Parliament on Thursday, 2nd July 2009:
100 reasons why Malaysia needs a new Inspector-General of Police to fulfill the recommendations of Royal Police Commission to have an efficient, incorruptible, professional world-class police force with three core functions to reduce crime, eradicate corruption and uphold human rights
Read the rest of this entry »
Tuan Gwo-Burne Loh [ KELANA JAYA ] minta PERDANA MENTERI menyatakan semua pelaksanaan hak asasi manusia di negara ini sejak SUHAKAM ditubuhkan berdasarkan cadangan yang dikemukakan melalui laporan mereka yang dikeluarkan setiap tahun.
JAWAPAN:
Tuan Yang Dipertua,
Terima kasih diucapkan kepada AHli yang Berhormat yang mengemukakan pertanyaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Hak Asasi manusia (SUHAKAM) telah ditubuhkan oleh parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597] dan diwartakan pada 9 September 1999.
Mesyuarat suung SUHAKAM telah diadakan pada 24 April 2000 dan Laporan Tahunan SUHAKAM mula diterbitkan mulai tahun 2000.
Untuk makluman Ahli yang Berhormat, Kerajaan sentiasa peka terhadap cadangan dan syor-syor yang dikemukakan oleh SUHAKAM. Antara tindakan yang diambil oleh Kerajaan hasil daripada syor dan cadangan SUHAKAM. Antara tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan hasil daripada syor dan cadangan SUHAKAM adalah seperti berikut:
a) SUHAKAM mencadangkan agar diwujudkan satu Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman yang bebas bagi memulihkan imej dan mengembalikan keyakinan umum terhadap badan kehakiman Negara. Susulan itu, suatu Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 telah diwujudkan dan berkuatkuasa pada 2 Februari 2009.
b) Kerajaan juga telah meluluskan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 selaras dengan cdangan SUHAKAM agar membantu kanak-kanak yang menjadi mangsa kes-kes penderaan atau rogol bagi mengurangkan trauma yang dialami oleh mereka ketika menjalani proses siasatan dan pemberian keterangan di Mahkamah.
c) Pelbagai undang-undang telahpun digubal untuk melindungi hak dan maruah wanita. Akta Anit Pemerdagangan Orang telah diluluskan pada 24 Mei 2007 dan dikuatkuasakan pada 28 Februari 2008 hasil daripada cadangan SUHAKAM agar usaha perlu dipergiatkan untuk menghapuskan segala bentuk penyeludupan wanita dan kanak-kanak perempuan.
d) Kerajaan juga menyedari kewajipannya sebagai Negara pihak kepada Konvensyen Penyingkiran Semua Segi Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan memastikan wanita dan kanak-kanak wanita di Malaysia menikmati perlindungan maksimum.
e) Kerajaan juga telah menggubal Akta Orang Kurang Upaya sebagai mekanisme yang efektif untuk melindungi hak-hak Orang Kurang Upaya (OKU) selaras dengan pemerhatian SUHAKAM bahawa OKU berhak menikmati kehidupan sepenuhnya serta penglibatan dan peluang yang sama rata. Akta Orang Kurang Upaya 2008 tersebut telahpun diluluskan pada 24 Disember 2007 dan telah dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Kewujudan dan penguatkuasaan Akta tersebut diharap akan dapat menjamin hak-hak orang kurang upaya di Malaysia. Selain itu, Kerajaan mewujudkan dasar yang memperuntukkan satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU seperti di dalam ekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2008. Tujuan pelaksanaan dasar ini ialah untuk membantu OKU yang memiliki kelayakan atau kemahiran diberi peluang menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam.