Archive for the ‘Parliament’ Category

Aug
31
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

JAWAPAN PERTANYAAN LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA, GWO-BURNE LOH PADA 22 MAC 2011

SOALAN:

Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah bilangan lokap dan bilik soal siasat yang masih idak memasang CCTV dan nyatakan sebabnya secara munasabah memandangkan Kerajaan telah memberikan peruntukan yang mencukupi.
Read the rest of this entry »



Aug
15
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

SOALAN JAWAB LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA PADA 15 JUN 2011

SOALAN:

TUAN GWO-BURNE LOH minta PERDANA MENTERI menyatakan undang-undang yang membenarkan syarikat teksi yang membuka kaunter jualan baucer dan mengenakan tambahan 10 peratus ats tambang penumpang.

JAWAPAN: YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkataan ‘baucer’ yang telah digunakan dalam soalan Yang Berhormat adalah sebenarnya merujuk kepada ‘kupon’.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sebelum ini tiada halangan untuk membenarkan operasi kaunter perkhidmatan teksi sebagai inisiatif untuk menambahbaik perkhidmatan teksi. Pengenalan perkhidmatan kaunter teksi adalah bagi mengatasi masalah pemandu yeksi yang enggan menggunakan meter dan menyebabkan penumpang sering ditipu.

Pada dasarnya, pembukaan kaunter teksi ini dibenarkan sebelum penggunaan teksi bermeter diperkenalkan di lokasi-lokasi yang kebiasaannya menjadi tumpuan pelancong, Langkah ini diambil bagi mengelakkan pemandu teksi mengenakan bayaran lebih dan tidak munasabah kepada penumpang teksi.

Atas pemerhatian tersebut, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) masih mengekalkan sistem kaunter teksi ini di lokasi-lokasi berkenaan untuk kemudahan pemandu juga penumpang teksi.

Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Pengenagkutan Perdagangan_ (Pindaan) No.2  2010 yang berkuatkuasa pada 3 September 2010 menyatakan perkhidmatan kaunter teksi hanya membenarkan caj tambahan sebanyak RM2.00 sahaja. Sehubungan itu, kenyataan mengenakan caj tambahan sebanyak 10% adalah tidak benar sama sekali.

Walau bagaimana pun, untuk pengetahuan Yang Berhormat, pihak SPAD sedang mengkaji keberkesanan penggunaan system teksi berkupon tersebut dalam situasi semasa dan sekiranya didapati ianya perlu diubah atau dirombak, pihjak SPAD akan bertindak dengan sewajarnya untuk memastikan bahawa keputusan yang bernas dan adil bagi semua pihak dapat dibuat.

Sekian, terima kasih.



Jun
27
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

JAWAPAN BAGI PERTANYAAN BUKAN  LISAN PADA JUN 2011

SOALAN:

TUAN GWO-BURNE LOH [Kelana Jaya] meminta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah anggota RELA setakat April 2011 dan berapakah peruntukan kewangan dari Kementerian Dalam Negeri bagi RELA dari tahun 2006 hingga 2010.

JAWAPAN:
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kelana Jaya yang mengemukakan pertanyaan tersebut.

Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini bahawa sehingga 30 April 2011 sejumlah 2,629,117 orang telah mendaftar menjadi ahli RELA.

Manakala peruntukan kewangan daripada Kementerian bagi RELA dari tahun 2006 sehingga tahun 2010 adalah seperti berikut:
2006 – RM8,966,325.00
2007 – RM47,101,406.90
2008 – RM 67,757,042.00
2009 – RM 59,147,968.97
2010 – RM 67,071,253.10



Jun
23
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

JAWAPAN BAGI PERTANYAAN  LISAN PADA 23 JUN 2011

SOALAN:

TUAN GWO-BURNE LOH [Kelana Jaya] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan tindakan yang diambil ke atas TV3 yang didapati menayangkan iklan Hari Raya pada tahun 2010 tanpa permit FINAS.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa mengambil langkah-langkah tegas terhadap stesen-stesen TV dan radio swasta sekiranya kandungan yang disiarkan didapati bercanggah dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, syarat lesen atau mana-mana peruntukan undang-undang yang digunapakai bagi industri penyiaran swasta di Malaysia.

Untuk makluman, antara syarat-syarat lesen yang ditetapkan bagi kandungan siaran televisyen swasta adalah:-

1.    Pihak stesen televisyen perlu memastikan semua kandungan yang pra-rakam termasuk iklan adalah ditapis dan mendapat kelulusan terdahulu dari Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum ia boleh disarkan di televisyen.
2.    Pihak stesen televisyen dan radio swasta juga tidak boleh menyiarkan kandungan yang menyinggung sensitiviti agama, bangsa dan budaya mana-mana masyarakat di Malaysia.
3.    Pihak stesen televisyen dan radio swasta tidak boleh menyiarkan apa-apa jua kandungan yang bertentangan dengan budaya dan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia mahupun kandungan yang tidak menyumbang kepada aspirasi nasional. Untuk tahun 2010 sehingga Mei 2011, sebanyak 1707 kes telah disiasat oleh SKMM. Ini meliputi kes berkaitan hakcipta, kewangan, phishing, kesalahan syariah, kandungan jelik dan kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 233 dan 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Bagi portal, laman dan blog terbabit, SKMM telah mengambil tindakan kompaun, pertuduhan di mahkamah dan sekatan capaian.
Iklan Hari Raya Aidilfitri bertaju ‘Sinar Lebaran’yang disiarkan oleh stesen TV3 adalah disiarkan tanpa kelulusan terdahulu dari pihak LPF dan bukannya dari pihak FINAS. Oleh itu, perkara tersebut dengan jelas telah melanggar peruntukan syarat-syarat lesen yang ditetapkan, selain itu, kandungan iklan tersebut juga telah menyinggung sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia. Justeri, tindakan kompaun RM20,000 telah dikenakan terhadap stesen penyiaran tersebut, Pihak Kementerian berharap semoga perkara ini diambil iktibar oleh stesen penyiaran yang lain.



Jun
22
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

JAWAPAN LISAN PARLIMEN 22 JUN 2011

SOALAN: YB GWO-BURNE LOH [Kelana Jaya] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan usaha Kerajaan di dalam membebaskan Chong Chun Yi (27 tahun) yang dijatuhkan hukuman mati di Singapura pada 16 Jun 2008.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya di atas soalan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua,

2. Malaysia berpegang teguh kepada prinsip menghormati kedaulatan sesebuah negara dan undang-undang antarabangsa Malaysia juga berpegang teguh kepada prinsip tidak campur tangan dalam urusan dalaman sesebuah negara, baik dari segi politik mahupun sistem perundangan tempatan.

3. Kerajaan Malaysia amat prihatin terhadap nasib dan kebajikan rakyat Malaysia yang berada di luar negara, Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang berada di dalam kesusahan atau mengalami kesulitan semasa berada di luar negara.

4. Apabila seseorang rakyat Malaysia menghadapi pertuduhan jenayah di luar neara, Kerajaan Malaysia akan berusaha untuk memastikan hak-hak asasi rakyat kita dilindungi, sebagai mana yang diperuntukkan di bawah undang-undang negara berkenaan dan juga undang-undang antarabangsa, seperti Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Konsular 1963 (Vienna Convention Consular Relations 1963).

5. Ahli keluarga Chong Chun Yin telah mengemukakan rayuan melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Republik Singapura untuk merayu bagi mengurangkan hukuman mati yang telah dikenakan ke atas beliau.

6. Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Republik Singapura telah pun memanjangkan rayuan keluarga tertuduh kepada Kementerian Luar Singapura. Rayuan pertama dihantar secara rasmi kepada Kerajaan Republik Singapura pada 20 Oktober 2010 dan rayuan yang kedua pada 3 Disember 2010.

7. Rayuan ketiga bagi mengurangkan hukuman ke atas Chong Chun Yin telah dihantar secara rasmi kepada Kerajaan Republik Singapura pada 26 Januari 2011. Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Republik Singapura telah menerima makluman bahawa surat rayuan tersebut telah disampaikan kepada Istana Presiden pada keesokannya, 27 Januari 2011.

Tuan Yang di-Pertua,

8. Sehubungan dengan ini, saya berharap penjelasan di atas dapat mencerminkan usaha dan komitmen Kementerian ini dalam usaha membantu rakyat Malaysia di luar negara,
Sekian, terima kasih.



Jun
22
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

JAWAPAN PERTANYAAN LISAN PADA 22 JULAI 2011

SOALAN:

YB TUAN GWO-BURNE LOH [KELANA JAYA] minta Menteri Pelajaran menyatakan peratusan komposisi bangsa (Melayu, Orang Asli/Orang Asal, Cina, India, dan lain-lain) kemasukan pelajar-pelajar semua aliran di sekolah Kerajaan (jenis kebangsaan, jenis kebangsaan Cina, jenis kebangsaan Tamil, agama) sejak 1969.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah enrolmen murid di sekolah kebangsaan (SK) sejak tahun 2007 hingga 2011 ialah 11,137,486 orang. Daripada jumlah ini, 93.3% adalah murid Bumiputera, 1.33% ialah murid Cina, 3.45% ialah murid India dan selebihnya adalah murid dari pelbagai kaum yang lain.

Manakala di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), jumlah enrolmen dalam tempoh 5 tahun ini ialah 3,093,972 orang. Daripada jumlah ini, 8.44% ialah murid Bumiputera, 89.01% ialah murid Cina, 1.57% ialah murid India dan selebihnya ialah dari pelbagai kaum yang lain. Di sekolah kebangsaan jenis Tamil (SJKT) pula, jumlah enrolmen murid dalam tempoh 5 tahun ini ialah 521,434. Daripada jumlah ini, 0.29% ialah murid Bumiputera, 0.04% ialah murid Cina dan 99.6% ialah murid berbangsa India.



Jun
15
Filed Under (Parliament) by Administrator on 25-04-2007

JAWAPAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA PADA 15 JUN

SOALAN:
TUAN GWO-BURNE LOH [KELANA JAYA] minta PERDANA MENTERI menyatakan peratus kenaikan bilangan anggota penjawat awam termasuk polis, tentera, bomba dari Mac 2010 hingga Mac 2011.

JAWAPAN: YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,

Bilangan penjawat awam (termasuk polis, tentera dan bomba) pada Mac 2010 ialah seramai 1,255,848 orang, manakala paa Mac 2011 jumlahnya telah meningkat kepada 1,308,919 oran giaitu peningkatan sebanyak 4.2%.

Sekian, terima kasih.